BARU-baru ini tular di laman sosial video yang memaparkan ritual dipercayai bagi menolak bencana banjir yang dilakukan oleh dua individu.

Ia dilakukan oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Raja Bomoh atau nama sebenar Ibrahim Mat Zin berdekatan Dataran Pengairan dan Saliran dekat Teluk Gelanggang, Teluk Intan, Perak bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Puteri Zaleha.

Apa pula perkara yang dilakukan lelaki itu kali ini? Berikut 10 fakta mengenai kejadian terbabit:

1. Berdasarkan paparan video berkenaan, wanita yang dikenali sebagai ‘Puteri Zaleha’ yang sedang duduk menghadap pantai dilihat memulakan upacara tersebut dengan bacaan ayat suci Al-Quran dan kemudiannya menyanyikan lagu ‘Mayang Sari’.

2. “Hari ini kita buat pelepasan supaya air lautan tidak mengganas di Teluk Anson, kerana tilik puteri, tengok air laut kemungkinan akan melimpah ruah dan tenggelam teluk ini,” katanya.

3. Menerusi video berdurasi 25 minit itu, Ibrahim Mat Zin dan wanita berkenaan seterusnya berdoa untuk menolak bencana.

4. Mereka turut melakukan ritual tepung tawar menggunakan bahan-bahan seperti beras, kunyit, bunga dan daun yang kemudian dihanyutkan ke laut.

5. Turut kelihatan di hadapan mereka ialah surah Yasin dan kitab suci al-Quran.

6. Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dilaporkan Bernama akan memanggil Ibrahim Mat Zain berhubung ritual itu.

7. Pengarahnya, Datuk Mohd Yusop Husin berkata selain lelaki itu, seorang lagi individu yang terlibat dala kejadian berkenaan akan dipanggil bagi membantu siasatan.

8. Mohd Yusop turut menyeru orang ramai agar tidak terpengaruh dengan perkara seumpama itu dan menjauhi amalan menjurus kepada khurafat.

9. Manakala Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian itu pada jam 4.20 petang.

10. Polis akan merujuk JAIPk untuk tindakan dan siasatan akan dijalankan ke atas mereka yang terlibat.

Iklan

Pada tahun 2015, Ibrahim Mat Zain pernah menggemparkan negara dengan melakukan ritual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Baca juga: Seram! Tular Video Penumpang Bas KL – Penang Tiba-Tiba Menari Buat Meremang Bulu Roma

Dalam ritual yang menimbulkan kontroversi itu, dia menggunakan kelapa, teropong buluh, tongkat buluh, perangkap ikan dan permaidani yang kononnya membantu mengesan kehilangan pesawat MH370.

Iklan

Untuk pengetahuan korang, khurafat ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam.

Segala bentuk khurafat dan azimat sama ada berbentuk amalan atau kepercayaan boleh membawa kepada syirik serta perkara yang bertentangan dengan
akidah syariat Islam.

Baca juga: Boleh jadi syirik, tahayul terlalu obses tonton cerita hantu. Ini penjelasannya…

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Bernama, Pejabat Mufti Negeri Sabah