KEMALANGAN merupakan satu tragedi yang tiada siapa boleh elakkan.
Biasanya, jika kemalangan berlaku di tengah highway, mesti akan berlaku kesesakan lalu lintas yang sangat menduga iman dan hati bukan?
Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!
Tidaklah salah, tetapi biarlah keberadaan kita di situ adalah untuk membantu. Namun, apa sebenarnya kita perlu buat kalau terjadinya kemalangan jalan raya di depan mata?
3S jika terlihat kemalangan;
1. SELAMAT: Pastikan tiada di sekeliling apa-apa yang boleh korang, mangsa atau sesiapa berhampiran.
Jika ada bahaya, alihkan penyebabnya. Jika bahaya tidak boleh dialihkan, maka elakkan berada di kawasan berkenaan.
2. SEDAR: Periksa keadaan pesakit. Lihat sama ada mangsa sedar atau tidak.
Sapa, tepuk bahu atau goyang tubuh sedikit mangsa. Jika pesakit memberi respon, tanya sama ada dia OK atau tidak. Jika tidak sedar, dapatkan bantuan.
3. 999: Hubungi 999 untuk dapatkan bantuan. Korang akan disambungkan ke pusat Khidmat Respon Kecemasan Malaysia.
Beritahu operator tentang butir diri, kecemasan, lokasi dan keadaan mangsa. Ikut arahan operator di talian.
Jika pesakit tak sedarkan diri, dan korang tahu serta yakin untuk lakukan bantuan kecemasan(CPR), maka berilah bantuan sewajarnya.
Jika tidak, serahkan pada yang mampu.
3S yang perlu dielakkan;
1. SANGSI: Elakkan sangsi dan buruk sangka pada mangsa. Ia akan mempengaruhi pertimbangan serta tindakan kita sebagai penyelamat atau pembantu atau saksi. Tindakan pantas kita pula boleh mengubah nasib mangsa atau nasib kita.
2. SEBAR: Elakkan merakam keadaan mangsa kerana ia melibatkan privasi dan kehormatan mereka. Jauhi juga perbuatan menyebarkan rakaman yang paparkan keadaan mangsa melalui media sosial tidak kira atas niat apa sekali pun.
Baca juga Tiada lagi paku, kedai makan akur arahan KKM, guna getah pengikat untuk membungkus
3. SONGLAP: Elakkan cubaan mengambil apa-apa dari kawasan kemalangan. Kawasan kemalangan adalah kawasan siasatan. Mengambil kesempatan ke atas kesusahan orang lain boleh menyusahkan mangsa dan diri sendiri.
Jika tak elakkan 3S ini, maka korang berisiko mendapat S keempat, iaitu SESAL.
Amalkan SELAMAT, SEDAR, 999! Elakkan SANGSI, SEBAR, SONGLAP.
Sumber: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan