PENGGUNAAN paku dalam pembungkusan makanan menjadi kebiasaan bagi peniaga makanan di Kelantan.

Trend menggunakan paku itu bagaimanapun dianggap food hazard (makanan bahaya) kerana mendedahkan pengguna kepada risiko tertelan.

Susulan larangan membungkus makanan menggunakan paku, dawai kokot dan bahan berbahaya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kedai makan di Kelantan kini beralih kepada getah pengikat.

Baca juga: Henti Bungkus Makanan Guna Paku, Dawai Kokot, Peniaga Ingkar Boleh Didenda RM10,000, Penjara 2 Tahun-KKM

Sinar Harian melaporkan Restoran Nasi Hover yang terdahulu menggunakan paku selama 20 tahun dalam pembungkusan nasi sudah bertukar kepada getah sejak dua minggu lalu.

Pemiliknya, Hassan Abdul Rahman berkata dia dimaklumkan ahli keluarga mengenai satu kejadian yang berlaku melibatkan penggunaan paku dalam pembungkusan nasi sehingga boleh mengakibatkan maut.

Dia berkata kekok membungkus nasi menggunakan getah berkata rutin itu perlu diteruskan bagi menjamin keselamatan para pelanggan.

Bagaimanapun, Hassan mengakui jika menggunakan paku dijamin bungkusan nasi tidak terbuka.

Gambar hiasan.

Baca juga: Remaja tertelan jarum peniti, gara-gara nak bersihkan gigi. “Sikit lagi nak masuk salur pernafasan…”

SUDAH LAMA TIDAK GUNA PAKU

Sementara itu, di sebuah lagi restoran iaitu Nasi Paku Ayam Kampung di Berek 12, pemiliknya mengakui sudah bertahun tidak menggunakan paku dalam pembungkusan nasi.

 

Iklan

Pemiliknya, Muhammad Ibrahim bercerita sememangnya perniagaan nasi yang diusahakan keluarganya itu menggunakan paku sepenuhnya sehingga terhasilnya nama kedai berkenaan.

Bagaimanapun selepas dia mengambil alih, teknik pembungkusan ditukar. Sebelum ini menggunakan paku, mereka beralih kepada getah.

Baru-baru ini Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya memaklumkan tindakan tegas diambil KK M berhubung trend penggunaan bahan seperti paku, dawai kokot dan seumpamanya pada pembungkusan makanan.

Iklan

Menurutnya ia boleh menyebabkan kecederaan yang serius sekiranya bahan tersebut termasuk ke dalam makanan dan ditelan pengguna.

Baca juga: Bahayanya! Kanak-kanak 12 tahun maut tercekik bebola daging

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Sinar Harian (Siti Fatihah Awang)