“Seumur hidup sayalah isteri yang membeli beras.” Aishah terharu terima hadiah hari lahir dari anak

Iklan
Gambar hiasan (12)

PENYANYI terkenal, Aishah baru-baru ini berkongsi luahan hati sempena ulang tahun kelahirannya baru-baru ini.

Menerima seutas gelang daripada anak-anak, penyanyi yang popular dengan lagu ‘Janji Manismu’ itu mencurahkan isi hatinya tentang perkahwinannya sebelum ini.

Iklan
Iklan

Titip Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, dia tidak pernah dimanjakan dengan bingkisan hadiah semasa bergelar isteri.

Baca juga: Rumah tangga bergolak, Aishah akur ketentuan takdir

Iklan

Bahkan dia memikul tanggungjawab yang lebih besar.

"Saya tidak pernah merasa hidup sebagai seorang isteri yg dimanjakan dengan hadiah-hadiah..

Iklan

"Seumur hidup sayalah isteri yang membeli beras.

"ALLAH bagi anak-anak yang thoughtful, belated birthday present from Armand.

"Buat mata mum dia masuk habuk,” titipnya.

[caption id="attachment_69904" width="796"] Aisyah di samping dua anak lelakinya, Armand Azhari dan Azhad Ahlami.[/caption]

Luahan Aishah yang menyambut ulang tahun kelahirannya pada 3 Januari lalu itu menyentuh hati para pengikutnya di Instagram.

Malah tidak kurang pula bersetuju dengan penyanyi itu dan memberikan dorongan.

-"Sebab itu saya malas nak bersuami lagi. Lelaki menyusahkan saya, membazir.

-"Sesungguhnya kehidupan ini tidaklah seindah mimpi.”

-"Alhamdulillah semoga murah rezeki kak Aishah tahun 2022 ini.”

-"Anda wanita yang kuat dan hebat.Maka Allah duga dengan semampunya kita. Moga pelangi tiba. Moga terus kuat cantik dan sihat.

Baca juga: ‘Pagi yang indah..’ - 12 hari dirawat akibat Covid-19, Aishah luah rasa syukur diberi peluang kedua

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Instagram @aishahhjmm