PENYANYI terkenal, Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang kedua untuk meneruskan kehidupan selepas dijangkiti Covid-19.

Menerusi perkongsian yang di buat pada petang Jumaat, penyanyi lagu Janji Manismu itu memaklumkan sudah dibenarkan keluar hospital setelah 12 hari dirawat.

“Alhamdulillah, Ya ALLAH tak tahu nak cakap macam mana. Betapa bersyukurnya, hari yang dinanti-nantikan… dapat balik rumah.

“Terima kaish semua yang mendoakan. Sekarang ini doakan saya melalui tempoh penyembuhan,” ujarnya.

Aishah memberitahu dia kini meneruskan rutin harian hospital di rumah dan masih dalam proses penyembuhan.

Dalam hantaran berlainan di Instagram, Aishah, 56, turut berkongsi rutin dari hospital yang diteruskan di rumah bagi memastikan dia pulih sepenuhnya.

“Pagi yang indah, betapa bersyukurnya saya dapat masih berada di sini. Sambung rutin dari hospital, banyak ubat-ubat yang masih perlu dihabiskan.

Iklan

“Biasalah saya kena susun semua, potong ubat siap-siap mengikut dos yang perlu saya ambil. Dalam gambar ini bukan nak makan semua sekali.

“Ini ubat yang diberi sehingga tiba hari pemeriksaan susulan. Terasa masuk golongan ‘warga emas’ bila dah ada buku temu janji pemeriksaan kesihatan.

Iklan

“Jaga diri semua,” tulisnya.

Terdahulu, Aishah dilaporkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian calitan (RTK) di sebuah pusat perubatan swasta dan dikejarkan ke Hospital Ampang pada 30 Ogos berikutan paras oksigen merosot.