Tular isu MyUbat 'not my problem', ini penjelasan pengarah HKL

Iklan

BARU-BARU ini tular di media sosial seorang pesakit berkongsi rasa tidak puas hati berhubung perkhidmatan diberikan ketika berurusan dengan ahli farmasi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Iklan
Iklan

Dalam pada itu, lelaki tersebut kecewa apabila dia mengatakan kesukaran untuk datang mengambil ubat, ahli farmasi tersebut bertindak menjawab 'not my problem' kepadanya.

Justeru itu, Pengarah HKL, Dr Rohana Johan tampil menjelaskan bahawa;

Iklan

1. Isu berkenaan merupakan kekeliruan yang berlaku antara pengadu dan pegawai bertugas.

2. Kekeliruan itu timbul apabila, perkhidmatan MyUbat yang tidak dapat dilaksanakan sebenarnya adalah bagi ubat tertentu, berikutan kekangan stok bekalan yang terhad.

Iklan

3. Bagi melaksanakan aplikasi MyUbat dan penghantaran melalui pos memerlukan pembungkusan dua minggu lebih awal dari tarikh pesakit menerima ubat berkenaan.

4. Bagaimanapun berkata perkhidmatan itu akan dilaksanakan seperti biasa apabila stok bekalan ubat kembali normal.

Baca juga Sijil vaksin ’terbang’ boleh undang bencana, polis dedah doktor kaut untung jual sijil palsu RM400-RM500

5. Pihak HKL pada masa sama sudah mengenal pasti pegawai terbabit dengan isu komunikasi itu serta tindakan sewajarnya bakal diambil bagi memastikan insiden sama tidak berulang.

6. Pihak HKL akan mengambil tindakan untuk penambahbaikan perkhidmatan di semua kaunter perkhidmatan yang disediakan.

Justeru, sentiasalah kita menjaga adab ketika berhadapan sesiapa sahaja bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya.

Semoga dengan penjelasan Dr Rohana dapat meredakan situasi dan difahami orang ramai.