Sijil vaksin ’terbang’ boleh undang bencana, polis dedah doktor kaut untung jual sijil palsu RM400-RM500

A
A
A

TUJUAN utama vaksinasi diberikan Covid-19 ialah untuk mengurangkan gejala teruk jangkitan virus berkenaan.

Ia termasuk mengurangkan risiko sehingga boleh menyebabkan kematian, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), penggunaan alat bantuan pernafasan dan seumpamanya.

Perkara tersebut sekali gus mengurangkan beban kepada sistem kesihatan.

Baca juga: Varian Omicron Berasal Daripada Tikus Jangkiti Manusia, 6 Fakta Berkaitan

Bagaimanapun, tindakan sesetengah pihak yang mengambil jalan mudah membeli sijil vaksinasi palsu tanpa mengambil kira implikasi dan bencana yang terjadi kesan daripada tindakan tersebut.

Lebih mengecewakan ialah tindakan seorang doktor yang dipercayai dalang penjualan sijil digital itu.

Baca juga: Tular Video Vaksin Covid-19 Hampir Tarikh Luput, Ini Penjelasan KKM

Berikut tujuh fakta yang dibongkar mengenai aktiviti tersebut:

1. Ketua Polis Terengganu, DCP Datuk Rohaimi Bin Md Isa mendedahkan serbuah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Terengganu ke atas sebuah klinik swasta di daerah Marang pada 8 Januari 2022 lalu.

2. Dalam operasi tersebut seorang pengamal perubatan berusia 51 tahun telah ditahan kerana disyaki menjalankan kegiatan mengeluarkan sijil vaksinasi palsu.

3. Sijil digital berkenaan jual kepada pelanggan-pelanggannya dengan kadar bayaran antara RM400-RM500 seorang.

4. Menurut sumber, sebanyak 1,900 sijil vaksin Covid19 bernilai hampir sejuta ringgit telah dirampas.

5. Kegiatan ini dipercayai dilakukan secara atas talian.

6. Ada di antara pelanggan suspek berasal dari luar Terengganu.

7. Sebahagian besar pelanggan dipercayai merupakan golongan yang menolak pengambilan vaksin, tetapi memerlukan sijil vaksinasi atas keperluan pergerakan merentas negeri dan sebagainya.

Berbalik kepada tujuan asal vaksinasi ialah untuk mengurangkan kebolehjangkitan, penemuan aktiviti pemalsuan sijil vaksinasi ini boleh membawa bencana kepada masyarakat melalui risiko rantaian jangkitan kerana tiada perlindungan vaksin terhadap Covid-19.

Hakikatnya, penipuan berkaitan sijil vaksinasi turut berlaku di negara luar.

Misalnya seperti di India dan Lesoto yang telah diketengahkan media baru-baru ini.

Baca juga: 5 Fakta Mengenai Deltacron, Varian Kombinasi Delta, Omicron Ditemui Di Cyprus

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Polis Terengganu

Foto: /photo/1">Bernama

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca