KEMELUT rumah tangga pelakon Siti Saleha akhirnya terjawab apabila pasangan itu sah bercerai talak satu dengan suaminya Ahmad Lutfi Azhar di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor, hari ini.
Reda dengan jodoh bersama bekas suami yang hanya mampu bertahan selama empat tahun, pelakon drama Tujuh Hari Mencintaiku itu mengakui perceraian mereka itu berlaku secara baik.
Pada 13 Oktober lalu, Siti Saleha mengaku telah memfailkan perceraian kepada suaminya, Ahmad Lufti Azhar, 35, selepas dilihat hadir di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor.
Berita tersebut mengejutkan ramai apatah lagi pelakon itu sebelum ini tidak pernah berkongsi mengenai masalah peribadi secara terbuka di media sosial.
Baca juga GV8 : Ani Mayuni, Shidee pasrah tersingkir
Adik kepada penyanyi Sam Bunkface itu mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Lutfi pada 28 Julai 2017. Bagaimanapun perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.