Pecah tulang belikat, retak 3 tulang rusuk, Azhan Rani kemalangan

Iklan
01

PELAKON, Azhan Rani, 46 dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya semalam dan kini sedang mendapat rawatan di sebuah hospital di ibu negara.

Iklan
Iklan

Beto menerusi satu hantaran muat naik dalam Instagram miliknya berkongsi perkhabaran tentang kemalangan melibatkan Azhan.

Iklan

Menerusi hantaran sama, Beto turut berkongsi sekeping foto menunjukkan Azhan memakai baju pesakit hospital dalam keadaan tangannya mengalami kecederaan.

Dalam pada itu, Beto turut menceritakan detik cemas yang dialami kawan baiknya itu.

Iklan

Dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Templer, Rawang tersebut, Azhan mengalami pecah tulang belikat kiri, retak tulang bahu dan tiga tulang rusuk selain kecederaan kecil.

Ujar Beto, buat masa ini doktor masih menunggu keputusan imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) bagi mengenal pasti jika ada kecederaan dalaman yang lain.

Baca juga Peminat di Indonesia dakwa Upin & Ipin kisah benar, siap ada pusara bukti kematian, ini respon ‘Atok’

Katanya, selepas dimasukkan ke wad, keadaan Azhan sebenarnya stabil dan dia boleh bercakap.

Ujarnya lanjut, disebabkan kecederaan yang dialami, Azhan harus menunggu sedikit masa untuk kembali pulih seperti biasa.

Menjengah ruangan komen, perkongsian tersebut dihujani doa kesembuhan oleh warga maya dan rakan artis.