SIRI animasi Upin Ipin bukan sahaja popular di Malaysia, malah berpengaruh di rantau nusantara, khususnya di Indonesia.

Ia yang dihasilkan oleh syarikat animasi Les’ Copaque Production menampilkan dua watak utama iaitu pasangan kembar Upin dan Ipin.

Sumber: Les’ Copaque

Bermula dengan tayangan sempena bulan Ramadan pada tahun 2007 di saluran TV9, Upin & Ipin menjadi kegemaran ramai hingga dipasarkan ke Indonesia.

Upin & Ipin pertama kali ditayangkan di negara jiran itu pada tahun 2009. Sejak itu, ia menjadi siri animasi popular yang sebati dengan golongan kanak-kanak di sana.

Bagaimanapun, baru-baru ini kecoh dakwaan kononnya siri kartun itu bukan kisah rekaan tetapi diadaptasi daripada kisah benar.

@bang_alonk3110 Akhirnya tidur Nyenyak 😭 #addictedtotiktok #masukberanda #fyp #upinipin #opah #kakros ♬ suara asli – 𝙝𝙞𝙨𝙩𝙤𝙧𝙮𝙢𝙪𝙨𝙞𝙠_

Paparan video TikTok dan portal Suara mendakwa watak kembar kesayangan ramai itu menemui ajal selepas terlibat dalam sebuah nahas bersama ibu bapa semasa bercuti.

@mizan_jamil #fyp #xyzbca #upinipin #viral #kartun ♬ suara asli – ⓝ.

DIDAKWA KHAYALAN ‘OPAH’

Tidak sekadar itu, teori tersebut turut mengatakan siri animasi itu wujud hasil daripada khayalan Opah tidak dapat menerima kenyataan pemergian cucu kembarnya pada tahun 6 Ogos 1995 (Upin) dan 2 April 1996 (Ipin).

Sehubungan itu, Les’ Copaque tampil memberikan penjelasan mengatakan kisah Upin & Ipin adalah rekaan.

“Cerita Upin & Ipin adalah rekaan semata-mata dan ditulis sepenuhnya oleh Les’ Copaque Production.

“Ia tidak diambil atau diinpirasikan daripada kisah sesiapa yang masih hidup mahupun yang telah tiada.

“Idea asal cerita Upin & Ipin adalah daripada Hajah Ainon yang juga pelakon suara Opah.

“Setiap cerita yang ditulis bukan sahaja mudah difahami tetapi turut sarat dengan mesej yang bermanfaat,” katanya.

Iklan

UPIN IPIN MENINGGAL?

Sementara itu, Penerbit dan Pengarah Urusannya, Burhanuddin Md Radzi menerusi laman sosial Facebook berkata dia terkejut dengan ‘berita sedih’ mengenai pemergian dua kanak-kanak itu.

“Upin Ipin meninggal dunia? Pagi tadi atok tergamam membaca berita dari Jakarta bahawa Upin Ipin meninggal dunia akibat kemalangan ketika mereka sedang bercuti di Sulawesi.

“Bagaimana mereka boleh pergi bercuti sedangkan sesi persekolahan di Malaysia tidak bercuti?,” katanya.

JANGAN RISAU, MEREKA SIHAT

Burhanuddin yang merupakan penyumbang suara bagi watak Atok (Tok Dalang) dalam siri animasi itu turut memaklumkan Upin Ipin sebenarnya dalam keadaan sihat dan akan muncul bersama rakan-rakan dalam musim baharu.

Sebenarnya pagi tadi saya yang menghantar mereka ke tadika. Kepada semua (peminat) Upin dan Ipin, jangan risau mereka sentiasa sihat dan akan muncul bersama rakan-rakan di musim baharu.

Iklan

“Ia akan menjadi lebih menarik dan standard animasi telah banyak bertambah baik. Terima kasih atas keprihatinan anda,” katanya.

Direkodkan, Upin & Ipin pernah tersenarai dalam Malaysian Book of Records sebagai “Animasi Paling Berjaya” pada tahun 2011 kerana kejayaannya menambat hati penonton serantau.

Baca juga: “Selamat tinggal Didi, Nana, Jojo, Pak Atan…” Peminat sebak baca coretan jatuh bangun pengasas Didi & Friends

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: TikTok Abi Alonk, Mizan Jamil, Facebook Hj Burhan Radzi, Upin & Ipin