PERNAH tak korang sedang duduk rileks tiba-tiba kaki diserang simpul biawak? Sakitnya susah untuk diungkapkan, macam nak tergulung bahagian kaki.
Lazimnya ia berlaku sewaktu bersukan atau tidur waktu malam.
Apa punca simpul biawak?
1. Dehidrasi: kurang minum air, atau kehilangan air yang banyak melalui perpeluhan atau kencing.
2. Kurang garam mineral: kekurangan sodium, potassium, kalsium dan sebagainya.
3. Kepenatan atau kecederaan: senaman atau aktiviti fizikal mengejut atau berlebihan.
4. Posisi tidur: tidur dengan kaki tertindih atau terlibat sehingga jejaskan peredaran darah.
5. Pengambilan ubat: statin (ubat kolesterol), hydroclorothiazide (ubat darah tinggi) dan lain-lain.
Siapa mudah terkena simpul biawak?
- Pesakit diabetes: kerana berlaku kerosakan saraf dan salur darah pada kaki.
- Penghidap hipotiroid: kekurangan hormon tiroid ganggu fungsi otot.
- Wanita hamil: lazimnya kerap berlaku pada trimester ke-3
- Warga emas: penuaan menjejaskan fisiologi dan pemulihan tubuh.
- Pesakit buah pinggang: kawalan keseimbangan garam mineral terjejas.
Jika terkena, apa nak buat?
1. Mengurut otot betis: menekan dengan kuat pada perut otot betis.
2. Meregang otot betis: duduk melunjur, dan tarik jari-jari kaki, ke arah badan.
3. Tuam otot dengan ais: balut ais dalam tuala kecil, dan tekap pada otot betis.
Baca juga Bukan faktor keturunan atau genetik jadi punca anak terbantut. Ini sebab-sebab lainnya
4. Ambil ubat tahan sakit: boleh makan Paracetamol (panadol).
5. Ambil ORS (oral rehydration salt): juga dipanggil air garam, yang diberi ketika cirit-birit.
Jika terlalu kerap mengalami kejang otot, berjumpalah doktor.
Khuatir ada masalah kencing manis, hipotiroid, buah pinggang, dan sebagainya.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, Kesihatan dan Perubatan