DIA hanya orang awam biasa namun mempunyai hati yang ikhlas membantu.
Mengangkut bot dari Melaka ke negeri-negeri yang terjejas banjir, nama Abang Viva menjadi perhatian masyarakat.
Insan yang sanggup mengambil cuti kecemasan dan enggan menerima segala tajaan dalam proses menyelamat mangsa banjir itu juga turut dianugerahkan sijil kepujian Ketua Pesuruhjaya Pertahanan Awam 2021 (Adiwira Musibah Banjir) dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) baru-baru ini.
Baca juga Buat baik dibalas baik, Abang Viva terima hadiah 'superbike' dari seseorang
Bukan itu sahaja, berkat niatnya yang murni, Azwan juga dikatakan telah mendapat rezeki secara 'tiba-tiba' sebuah motosikal 'superbike' dan kereta 4×4.
Dalam perkembangan terbaharu, unsung hero kelahiran Melaka itu dilaporkan kini masih bercuti dan dalam perancangan untuk berhenti kerja dalam masa terdekat.
Apa yang mengujakan, pemuda berusia 30 tahun itu mengambil keputusan untuk berhenti kerja untuk menumpukan perhatian kepada kerja sukarelawan.
Baca juga Angkut bot dari Melaka ke Selangor selamatkan mangsa banjir, berikut 10 info Abang Viva viral
Ujarnya kepada Harian Metro, kerja sukarelawan memberi kepuasan kepada dirinya.
Menurut perancangannya, Azwan dikatakan akan meneruskan misi bantuan membersihkan pusat tahfiz di Pahang yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.
Ujar Azwan, dia juga sudah mengadakan kutipan dana melalui Facebook miliknya bagi membantu menyediakan peralatan diperlukan di pusat tahfiz.
Semoga rezeki diberikan dapat membuka jalan lebih luas untuk Abang Viva membantu lebih ramai orang selepas ini.
Tahniah Azwan!