SANGGUP datang dari negeri Melaka, seorang lelaki dikenali sebagai Azwan Omar menjadi bualan ramai sehingga trending dipelbagai platform laman sosial.

Ketika bencana banjir sedang memuncak di Selangor baru-baru ini, beribu-ribu penduduk terkandas. Pelbagai mesej memohon bantuan dipindahkan berlegar di laman sosial.

Dengan kenaikan paras air mendadak, bot adalah pengangkutan yang dicari ramai untuk menyelamatkan mangsa banjir yang terperangkap.

Baca juga: Sri Muda ‘Trending’ Di Twitter, Keadaan Mangsa Terkandas, Proses Menyelamat Runtun Hati Rakyat Malaysia

Kenderaan dari pelbagai negeri bertali arus tiba di bumi Selangor membawa bot dan pelbagai bantuan.

Foto Azwan yang ‘bergerak solo’ dari Melaka menaiki Perodua Viva dengan membawa sebuah bot pancing bersaiz sederhana menyentuh hati ramai.

Azwan adalah seorang insan prihatin adalah yang ditularkan di media sosial dengan gelaran ‘Abang Viva’.

Kisah kebaikan dan keikhlasannya mencetuskan sayu di hati warga maya.

Kredit foto: Facebook Azwan Omar

Baca juga: Beg Ditemui Tidak Jauh Dari Mayat Kanak-Kanak Tertimbus, Bila Dibuka Isinya Amat Memilukan

Mungkin ramai tertanya siapa pemuda ini, berikut 10 info mengenainya:

1. Azwan bekerja sebagai i operator mesin memohon cuti kecemasan dari majikannya untuk ke Shah Alam bagi menyelamatkan mangsa banjir.

2. Dengan hanya berbekalkan wang sebanyak RM50, Azwan dikatakan membeli minyak untuk bot sebanyak RM20. Manakala baki RM30 digunakan untuk membeli makanan seperti roti dan air untuk mengalas perut.

3. Antara mangsa banjir yang diselamatkan Azwan ialah pasangan warga emas termasuk suami yang lumpuh dan seorang ibu baru bersalin bersama bayi.

4.‘Abang Viva’ difahamkan hanya tidur dalam botnya. Namun dia terus bersemangat untuk menyelamatkan mangsa-mangsa banjir.

Baca juga: [10 FOTO] Situasi Banjir Di Pahang Menggerunkan, Ribuan Kediaman Dinaiki Air

Iklan

5. Kisah Azwan tersebar hingga ramai ingin menderma wang kepadanya. Namun dia agak keberatan mahu menerimanya dan menderma sebahagian besar wang itu kepada badan sukarelawan lain.

6. “Saya datang nak tolong dengan ikhlas tak harap apa-apa pun. Saya pun tidak minta untuk jadi viral sampai macam ini, orang masuk dalam Internet semua. Jadi sumbangan yang saya terima itu saya akan salurkan semula kepada mangsa banjir.” -Azwan.

7. Susulan pengorbanan dan jasanya, warga maya menyifatkan pemuda itu layak menerima anugerah ketokohan.

8. Tular dengan panggilan Abang Viva, warganet mencadangkan lelaki itu diberikan penajaan kenderaan daripada Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad (Perodua).

9. Netizen berkongsi Imam Masjid Negara menitipkan doa buat Azwan ketika khutbah solat Jumaat. “Rahmatilah hambamu yang menolong mangsa banjir walaupun ada RM50 sahaja.”

Iklan

10. Tidak cukup membantu di Selangor, Azwan kini dikhabarkan sedang mengikuti misi banjir di Pahang.

Sungguh hebat kisah wira banjir ini. Dia mungkin insan tanpa pangkat dan gelaran tetapi jiwanya amat luar biasa.

Dia di antara hero yang tidak dikenali tetapi kaya jiwa dan budi.

Moga ALLAH memberkati dan memberi kekuatan atas usahanya menyelamatkan mangsa banjir. Abang Viva hero kami!

Baca juga: Kereta Tenggelam Banjir, Jangan Hidupkan Enjin. Lakukan 9 Tip Ini

Jom follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Facebook Dr. Abdél Rahmanov, Twitter Rafique Muzhaffar