[VIDEO] “Amat-amat besar, dahsyat.”- Telatah ‘wartawan’ cilik lapor ular sawa dalam longkang cuit hati, raih 500K tontonan

Iklan
Gambar hiasan

PADA era serba canggih dan capaian Internet di hujung jari, apa sahaja kejadian yang berlaku mudah dikongsi dan dimuat naik menerusi akaun laman sosial.

Tidak sekadar individu dewasa, kanak-kanak juga tidak terkecuali melakukannya.

Iklan
Iklan

Seperti si cilik yang bernama Muhammad Haziq Muhammad ASyraf yang ‘melaporkan’ mengenai kejadian penemuan ular sawa di dalam longkang di Pasar Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah, telatahnya mencuit hati warganet.

Iklan

Baca juga: Foto Awan Senja Seakan Individu Berdoa Di Johor Tular, Raih Perhatian Warga Maya

Video dikongsikan pengguna Facebook Puteri Mar memaparkan celoteh kanak-kanak itu merakam video seumpama penstriman langsung yang lazimnya dilakukan petugas media.

Iklan

"Berita terkini, berita terkini, ada kemuculan ular sawa yang 'amat-amat' besar di dalam longkang,” kata Muhammad Haziq.

Menurutnya, orang ramai menyangkakan longgokan sampah menjadi punca air bertakung.

Bagaimanapun semasa membersihkan longkang, Muhammad Haziq terkejut mendapati reptilia itu berada di dalam longkang yang berpenutup.

Baca juga: Murid Pakai Kemeja Labuh Sampai Ke Lutut, Pendedahan Tidak Disangka-Sangka Sentuh Hati Warga Maya

Susulan penemuan, ‘wartawan cilik’ itu melaporkan mereka sedang menunggu anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk menguruskan ular berkenaan.

Apa yang melucukan ialah walaupun dalam keadaan mengah, Haziq sempat bercerita tentang kronologi penemuan ular itu yang menurutnya dalam keadaan kekenyangan.

"Ceritanya saya sedang buat kerja sekolah dan terima mesej tentangnya.

"Saya nampak amat-amat dahsyat dan dia sedang kenyang,” tutur Muhammad Haziq.

'Liputan eksklusif' Muhammad Haziq meraih lebih 500,000 tontonan di Facebook.

Warganet memberikan pelbagai reaksi dan komen. Rata-ratanya memuji bakat, kepetahan dan keberanian kanak-kanak itu.

Malah ada yang mendoakan agar dia berjaya menceburi bidang kewartawanan pada masa hadapan.

-"Boleh jadi wartawan nanti dik.”

 -"Ada bakat adik ini nanti besar boleh jadi wartawan. Tak semua orangg ada keyakiann sepertinya.”.

-"Panjang betul cerita adik. Amat-amat dahsyat, amat-amat besar. Nanti jadi wartawan ya.”

-"Itu dia pemberita alaf baru ni.”

Baca juga: Sering Jatuh Hingga Sukar Berjalan, Kesihatan Merosot Dalam Masa 3 Bulan, Ibu Sayu Rupanya Iman Alami Gangguan Saraf

Kejadian itu telah disahkan oleh APM melalui laman sosial Facebook rasmi APM Kuala Muda.

Difahamkan ular sawa batik seberat 30 kilogram, sepanjang empat meter telah ditangkap di dalam longkang di sebuah pasar di Bukit Selambau.

Ular berkenaan telah dilepaskan kembali ke habitat asal yang jauh dari kawasan penduduk.

Baca juga: Foto Awan Senja Seakan Individu Berdoa Di Johor Tular, Raih Perhatian Warga Maya

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Facebook Puteri Mar, APM Kuala Muda