FENOMENA awan membentuk objek tidak asing lagi. Ternyata ia bukan mitos semata-mata.

Perkongsian seorang pengguna Facebook di laman sosial Facebook Parit Raja ini meraih perhatian ramai.

Tiga keping foto menunjukkan awan senja seakan individu memakai serban sedang berdoa dikatakan dilihat selepas solat Maghrib.

Difahamkan, lelaki yang merakamkan foto  itu tiba lewat di masjid ketika itu untuk menunaikan solat Maghrib.

Justeru dia telah erlepas solat berjemaah dan telah menunaikan solat di bahagian luar masjid.

Selesai menunaikan ibadah berkenaan, dia terpandang sesuatu yang menakjubkan di dada langit.

Baca juga: Murid pakai kemeja labuh sampai ke lutut, pendedahan tidak disangka-sangka sentuh hati warga maya

“Selesai solat Maghrib, saya terpandang awan senja.

“Alhamdulilah rezeki saya ketika itu ALLAH berikan saya rezeki yang tak disangka-sangka, bentuk awan senja tu sama seperti seseorang memakai serban dan sedang berdoa. Subhanallah,” titipnya.

Pengguna Facebook lain turut berpendapat pembentukan awan itu menyerupai seorang lagi lelaki yang sedang berdoa ketika itu.

Bagaimanapun, pemuda itu tidak sempat menunjukkan foto yang dirakamkan olehnya.

“Ingat selepas selesai berzikir tu saya nak tunjuk gambar ni pada pakcik itu tetapi dia sudah beransur pulang,” katanya.

Warga maya menganggap peristiwa tersebut adalah bukti kekuasaan ALLAH dan ia amat menginsafkan.

– “Bentuk awan dengan pakcik itu sama. Subhanallah, Allahuakhbar.”

– “Harap pakcik itu dapat tengok gambar ni. Indah betul gambarnya.”

– “MasyaALLAH, sungguh menginsafkan.”

KEJADIAN 26 OBJEK DI LANGIT 1992

Terdahulu, pada tahun 11 Oktober 1992 sekumpulan 200 pelajar sebuah sekolah agama di Klang, Selangor; mendakwa melihat 26 objek aneh yang secara tiba-tiba muncul di langit pada waktu tengah malam.

Kejadian itu menggemparkan negara dan menjadi tajuk utama akhbar-akhbar. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada sidang media mengumumkan bahawa dakwaan kemunculan 26 objek aneh di langit seperti disaksikan 200 pelajar dan beberapa guru itu adalah sahih dan bukannya rekaan.

Objek di langit itu juga dikatakan berupa amaran daripada Tuhan supaya umat Islam kembali mengamalkan ajaran agama yang sebelum ini semakin diabaikan sebahagian penduduk negara ini.

Baca juga: Sukarelawan meninggal tika menabur bakti dalam Ops Banjir, pemergian dicemburui hari Jumaat

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Facebook Orang Kota – Tinggi