Isteri Firaun, Asiah wanita yang dijamin masuk syurga, hiasan kepala Uyaina jadi perhatian

Iklan
2

PELAKON dan personaliti televisyen, Uyaina Arshad menjadi perhatian ramai apabila dia tampil menggayakan sepersalinan pakaian bertemakan Arabian Night.

Video yang dipaparkan menerusi laman sosial TikTok pereka pakaian berkenaan, Shanel Harun manakala aksesori kepala oleh Centre Stage Vision Dynamic.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun aksesori kepala yang dipakai pengacara rancangan Wanita Hari Ini itu menerima pelbagai kritikan daripada netizen. Bagaimanapun ruangan komen telah pun ditutup.

Iklan

Uyaina menerusi Insta Story berkongsi mengenai busana berkenaan yang sepatutnya dipakai semasa malam berinai.

Iklan

Baca juga: Gempak! Gaun Cleopatra 'Bertanduk' Uyaina Arshad Raih Perhatian

"Tapi sudah viral teruk di Facebook, TikTok, Instagram dan mana-mana sahaja tentang ‘look’ ini terutamanya the headgear (aksesori kepala)," kata Uyaina.

Juara Pencarian Nona Manis 2015 dan juara Puteri Muslima Asia 2018 itu turut berharap agar semua bertenang.

"Harap semua boleh bertenang sebab saya I love to play dress up sometimes. And I love outfit daripada Shanel Harun dan solekan daripada Datuk Alha Alfa.

"Jadi ini adalah saya sebagai Arabian / Eqyptian Queen. Jangan marah,” titip Uyaina.

Uyaina tidak ketinggalan memuji pakaian yang dihasilkan Shanel yang disifatkannya seperti kostum pakaian kebangsaan peserta ratu cantik.

"This is looks like a national costume already. Semoga selepas ini Shanel Harun dapat buat national costume Miss Malaysia pula. Aamiin,” katanya.

Dalam pada itu itu, isteri kepada Raja Shahiran itu turut berjanji untuk berkongsi lagi perihal busana yang dipakainya.

Semalam heboh diperkatakan di laman sosial Facebook kononnya pakaian dipakai Uyaina seperti isteri Firaun.

"Tapi tahukah bahawa salah seorang isteri Firaun itu adalah Asiah bin Muzahim. Dia adalah wanita yang dijamin masuk syurga.

"Kalau ada yang kata macam isteri Firaun, aminkan sahaja dan berdoa agar kamu adalah Asiah, antara wanita yang terpuji dalam Islam,” titip netizen.

Terdahulu, SinarPlus berkongsi mengenai pakaian yang direka Shanel itu yang dikatakan mengangkat tema Hikayat Seribu Satu Malam atau Arabian Night.

Sumber: Instagram dan TikTok Shanel Harun, Instagram Uyaina Arshad