MENAKJUBKAN dan mengejutkan. Itu antara reaksi khalayak apabila melihat pemilik takhta juara Puteri Muslima Asia 2018, Uyaina Arshad menyarungkan busana berwarna coklat keemasan bersama perhiasan kepala.

Mengangkat tema Hikayat Seribu Satu Malam atau Arabian Night, pakaian yang direka oleh pereka fesyen popular, Shanell Harun hangat menjadi perbualan.

Rekaan penuh teliti dengan perincian rapi tersebut dipercayai menjadi antara persalinan yang digayakan oleh isteri kepada Raja Syahiran itu ketika majlis resepsi mereka baru-baru ini.

 

Baca juga: Remaja jadikan buah mangga untuk hasilkan gaun yang cantik usahanya tarik perhatian dunia

Baca juga: Hanya pakai kertas untuk hasilkan gaun hitam bermotif flora idea Nor Farizan diangkat sebagai juara

 

Rata-rata ramai yang memuji gaun tersebut sehingga ada yang mengatakan bakal menjadi persaingan dengan penyanyi, Aina Abdul.

Pada masa sama, tidak kurang juga ada yang mengusik mengenai perhiasan kepala beliau yang disamakan dengan tanduk.

Namun, biarlah apa yang dikata, orang cantik pakai apa pun pasti tetap akan kelihatan jelita juga!

Usaha SinarPlus untuk mendapatkan reaksi Uyaina bagaimanapun tidak berjaya.

Terdahulu Uyaina dan Raja Syahiran selamat mendirikan rumah tangga pada 21 Disember tahun lalu di Colony by KLCC, Kuala Lumpur.

Iklan

Disebabkan banjir, hasrat mereka untuk mengadakan resepsi tergendala kerana lokasi penyimpanan set pelamin musnah disebabkan bencana tersebut.

Tak mahu ulas panjang, ikuti antara pandangan dan reaksi pengguna media sosial Instagram mengenai gaun mewah yang diilhamkan daripada Cleopatra yang digayakan pengacara dan pelakon terkenal itu:

Iklan

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram