BERPISAH atau berjauhan dengan insan tercinta sangat perit lebih-lebih lagi jika mereka adalah darah daging sendiri.
Sudah pasti perasaan rindu itu akan membuak-buak di dalam dada sehinggalah kita dapat bertemu dengan insan tersebut.
Kasih sayang seorang bapa, sanggup berkorban apa sahaja untuk memberikan yang terbaik untuk anaknya.
Begitu juga dengan perkongsian di laman Tiktok @beduk_52 ini apabila seorang bapa terpaksa berjauhan dengan anaknya sendiri sudah lebih 3 tahun.
Sebak dibuatnya apabila si bapa berkongsikan video pertemuan yang tidak disangka dengan anak perempuan tersayang ketika membeli makanan secara pandu lalu.
Baca juga Tiada yang mustahil, wanita kerdil lahir bayi sulung seberat 2.35 kg
Ujarnya, kali terkahir berjumpa dengan gadis tersebut tiga tahun yang lalu.
Apa yang amat menyedihkan apabila gadis tersebut meluahkan rasa rindu kepada ayahnya serta terus menangis sebak.
Ternyata pertemuan tidak dijangka tersebut membuatkan ramai sayu dan mengalirkan air mata sekali gus ada yang teringatkan bapa di kampung mahupun yang telah meninggal dunia.