WANITA bertubuh kerdil memiliki ketinggian 118 sentimeter (cm) yang perkahwinannya bersama lelaki normal tular di media sosial pada tahun lalu telah bergelar ibu setelah selamat melahirkan cahaya mata lelaki.

Berita gembira tersebut turut dikongsi di laman sosial TikTok milik Syakila Norazma Amira Zuharsema.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Mesra dipanggil Yaya, dia meluahkan rasa syukur apabila proses kelahiran bayi sulungnya seberat 2.35 kilogram (kg) itu di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada 25 Januari lalu lancar.

Menerusi video berdurasi 17 saat itu, dia memaparkan kompilasi video dan foto bersama suami tercinta, Muhammad Azri Zaidi, 20 serta turut kedengaran tangisan bayi yang belum didedahkan wajahnya pada umum.

Bayi lelaki dinamakan Muhammad Ayden Adrian itu dilahirkan secara pembedahan sebulan lebih awal daripada tarikh jangkaan iaitu pada 25 Februari depan.

Tiada yang mustahil, wanita kerdil lahir bayi sulung seberat 2.35 kg

Wanita berusia 28 tahun itu mengatakan dia terpaksa bersalin awal kerana faktor fizikalnya dan keadaan bayi yang besar.

Ujar Yaya, tiada yang mustahil dengan kuasa ALLAH SWT. Dia bersyukur kerana bayi lelakinya tiada apa-apa masalah kecuali penyakit kuning.

Menurutnya, kelahiran Muhammad Ayden Adrian menguatkan lagi kasih sayangnya dan suami sekali gus berharap bayi mereka dapat membesar dengan sihat.

Iklan

“Semasa kisah perkahwinan saya tular, macam-macam komen diberikan warganet termasuk soal mengandung dan bersalin hanya disebabkan saya kerdil.

Baca juga 19 tahun diburu polis penjenayah akhirnya ditahan, pistol dan peluru dirampas, berikut kronologi kejadian

“Bagi saya, tiada apa yang mustahil dengan izin ALLAH SWT, malah, kami berdua cukup bahagia dengan kehadiran cahaya mata ini,” katanya.

Kisah Yaya dan suami pernah menjadi perhatian ramai apabila menyifatkan suaminya yang baik hati tidak memandang rupa paras atau keadaan fizikal wanita berkenaan.

Difahamkan, Yaya dan suami berkahwin pada 18 Mac 2021 selepas berkenalan menerusi permainan dalam talian.

Iklan

Tahniah Yaya dan suami!

@buyahhhcinta hati ibu daddy. terima kasih yg mendoakan kami. alhamdulillah selamat melahirkan semalam 25/1 , 1:47pm baby boy🥰♬ suara asli – rafaaldiansyah