KAD perakuan nikah biasanya dipohon pasangan setelah akad nikah didaftarkan.
Setiap permohonan perlu dikemukakan kepada Pendaftar dengan mengisi borang serta membuat bayaran yang ditetapkan.
Jika dahulu pasangan perlu membawa sijil nikah sebagai bukti perkahwinan , kini kad berkenaan diwujudkan.
Kad pintar itu mula diperkenalkan lebih sedekad yang lalu memudahkan pelbagai urusan. Lantaran saiznya yang lebih kecil, ia mudah dibawa ke mana sahaja.
Perkongsian seorang wanita dikenali sebagai Faridah Salleh wajar dijadikan pengajaran.
Dia telah mendirikan rumah tangga selama 23 tahun lalu sebelum kad pintar berkenaan diperkenalkan lagi.
[caption id="attachment_72042" width="800"] Faridah berharap pengalamannya itu menjadi pengajaran.[/caption]
Justeru, Faridah merasakan kad berkenaan tidak penting sehingga baru-baru ini diserbu kakitangan pejabat agama dan polis ketika berada di hotel.
Wanita berkenaan berkongsi pengalaman agar ia dijadikan iktibar buat kita semua. Berikut catatannya:
Cuti sempena sambutan Tahun Baru Cina dianggap satu tiket untuk saya membawa anak bercuti sambil bekerja.
Namun, masalah utama ialah anak-anak tidak mahu bercuti. Akhirnya saya dan suami sahaja ke Muar untuk menguruskan perjalanan perniagaan kami.
Balik dari Muar, kami singgah di Kluang. Disebabkan lama tidak bertemu kawan lama di Kluang maka kami berehat di hotel.
Tambahan pula, keesokannya kami menunggu sahabat dari Kuala Lumpur untuk berkongsi ilmu perniagaan.
Jam 9.00 malam, saya pergi bertemu sahabat. Manakala suami pula turut keluar berjumpa kawan lamanya. Disebabkan selesai lebih awal saya balik ke hotel terlebih dahulu daripada suami.
Di sinilah bermula kisah ALLAH masih mahu menutup aib kami.
Baca juga: Nikah 30 Tahun Terpaksa Bubar Sebelum Tunai Umrah, Gara-Gara ‘Rahsia’ Disembunyikan Orang Tua
[caption id="attachment_72044" width="800"] Gambar hiasan.[/caption]
12.45 TENGAH MALAM PINTU DIKETUK
Saya naik ke bilik jam 12.15 tengah malam. Tidak lama kemudian, kira-kira jam 12.45 tengah malam pintu bilik di ketuk.
Saya ingatkan suami balik tetapi dengar suara berbeza. Saya sangat takut dan pergi ke pintu serta banyak kali bertanya. Katanya dari Pejabat Agama Kluang.
Saya sangat kagum dengan pejabat agama dan barisan polis yang sanggup bekerja walaupun masa cuti dan larut malam demi agama.
Moga usaha kalian menjadi asbab kalian di syurga ALLAH kerana menghalang penzinaan. Tahniah barisan pejabat agama dan polis.
Dengar perkataan pejabat agama, saya mengigil. Saya minta izin sebentar untuk memakai tudung.
Saya juga meminta agar pegawai perempuan ada di situ sebelum membuka pintu. Bukan apa, bimbang buka pintu bukan pejabat agama. Takutnya.
Alhamdulilah pegawai wanita yang masuk. Mereka memeriksa bilik air, mengambil kad pengenalan dan keterangan saya.
Baca juga: Anak Pelik Urusan Nikah Jadi Rumit, Bongkar Rahsia Ibu Ayah Bersekedudukan Hingga 7 Zuriat
ALLAH TUTUP AIB
Kenapa saya kata ALLAH tutup aib kami? Ini kerana saya dan suami langsung tidak memiliki kad kawin/nikah.
Saya dapat bayangkan jika suami ada di bilik, pasti kami tiada bukti bahawa kami suami isteri.
Kami tiada kad kawin/nikah, sijil nikah ada di rumah. ALLAH kalutnya. Pasti kami di bawa ke pejabat agama sehingga kami menunjukkan bukti bahawa kami suami isteri.
[caption id="attachment_72045" width="800"] Gambar hiasan[/caption]
Namun ALLAH menutup aib kami. ALLAH dorongkan suami balik lewat atas beberapa sebab tidak disangka.
Atas peristiwa ini, saya belajar bahawa benda tidak penting dan enteng bagi kita sebenarnya adalah perkara yang besar dan sangat mustahak.
Dalam pada itu, Faridah menyeru kepada rakan-rakan untuk memohon kad perakuan nikah. Ia masih belum terlambat biarpun sudah berpuluh tahun mendirikan rumah tangga.
Bagi korang yang sudah mendirikan rumah tangga tetapi masih belum memiliki kad perakuan nikah, boleh menghubungi pejabat agama negeri masing-masing.
Permohonan kad berkenaan lazimnya dibuka setelah akad nikah didaftarkan dengan mengemukakan permohonan kepada pendaftar dengan mengisi borang serta membuat bayaran yang ditetapkan.
Beberapa dokumen seperti gambar berukuran pasport, Surat Perakuan Nikah dan salinan kad pengenalan diperlukan mengikut prosedur jabatan agama Islam negeri masing-masing.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Baca juga: [VIDEO] Datang untuk merisik, bapa minta pasangan kekasih terus bernikah
Sumber: Faridah Salleh
Foto: Kursus Kahwin Johor