SEJAK dua hari lalu, tular mesej peringatan mendakwa dari 'Gerakan IPK Bukit Aman' meminta orang ramai berhati-hati ketika keluar dari rumah.
Itu berikutan didakwa ada Proton Wira plat JJT 2726 berwarna putih dan van bernombor AJE 4567 juga berwarna putih disyaki terlibat dalam penculikan dan menjual organ manusia.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Perkara tersebut ternyata membawa resah orang ramai yang bimbang terhadap anak masing-masing.
Justeru itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan mengesahkan tiada sebarang laporan diterima berkaitan kes penculikan dan penjualan organ manusia melibatkan kanak-kanak berusia dibawah 15 tahun di negara ini seperti didakwa diplatform media sosial.
Baca juga 'Selamatkan Fawaz Al-Qatifan' - Simpati selamatkan kanak-kanak Syria diculik, diseksa
Menurut Superintendan Komunikasi Korporat Urus Setia Ketua Polis Negara PDRM, Superintendan Skandaguru Anandan, ini penjelasannya;
1. Semakan mendapati mesej palsu tersebut telah tular sejak tahun 2016 dan kembali diulang siar di beberapa platform media sosial.
2. Pihaknya telah mengesan sebaran mesej palsu di platform media sosial yang memberi amaran kepada rakyat negara ini agar berwaspada berhubung satu sindiket penculikan yang mensasarkan kanak-kanak berumur dibawah 15 tahun bagi mendapatkan organ-organ tertentu untuk dijual.
3. Didakwa sindiket penculikan tersebut didakwa menggunakan sebuah kerete jenis proton wira dan sebuah van berwarna putih.
Baca juga [VIDEO]8 jam terkandas, video penumpang mengamuk tular, ini kejadian libat lebih 400 orang