SEJAK semalam, tular beberapa video dan gambar memaparkan kesesakan dan keadaan tegang antara penumpang dan kru feri di Terminal Feri Penumpang Kuah, Langkawi.

Lebih 400 penumpang feri yang ingin ke Kuala Perlis terkandas selama lapan jam dipercayai berpunca daripada feri rosak dan keadaan air yang surut.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Menerusi beberapa rakaman video yang dimuatkan di media sosial menunjukkan keadaan sesak penumpang dan pertengkaran antara penumpang dengan kru feri.

Dilihat juga suasana balai berlepas Terminal Feri Penumpang yang penuh sesak dengan penumpang terkandas.

Penumpang mendakwa kejadian sesak itu berlaku selepas perjalanan feri Langkawi-Kuala Perlis tertunda lebih lapan jam.

Penumpang-penumpang berkenaan terkandas di Jeti Kuah sejak jam 2.30 petang tadi hingga 10.30 malam.

Penumpang juga mendakwa terdapat anak kecil dan warga emas yang terkandas, ramai yang tidur di kaki lima hingga subuh pagi tadi.

melancong Langkawi, Melaka & Cameron Highlands

Menurut Pengarah Jabatan Laut Malaysia (JLM) Wilayah Utara, Mohd Hafiz Abdul Majid, ini kejadiannya;

1. Ketika mengesahkan kejadian terbabit, katanya situasi dipercayai berpunca daripada kerosakan feri berkapasiti besar.

Iklan

2. Mohd Hafiz dimaklumkan ada feri berkapasiti besar mengalami kerosakan pada saat akhir menyebabkan perjalanan sebahagian penumpang sudah tertunda.

Baca juga [VIDEO]2 ekor T-Rex mesra di atas lori tarik perhatian, ‘bersiar-siar’ di Jambatan Pulau Pinang

Iklan

3. Bagaimanapun, kesemua 423 penumpang terbabit selamat tiba di Terminal Feri Penumpang Kuala Perlis jam 11.25 malam tadi menerusi Expres Bahagia 99.

Semoga penumpang yang terlibat tabah dan sabar menempuhi keadaan di luar kawalan itu. Hati-hati semua!