Patutlah harga 'kayangan', ini khasiat air mineral tular jenama Evian

Iklan
air mineral

BARU-BARU ini menjadi pendebatan ramai apabila sebuah video dimuat naik oleh Perdana Menteri di laman Twitter.

Menerusi video tersebut, kelihatan sebotol air mineral jenama Evian di atas meja.

Iklan
Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Iklan

Menurut ciapan Perdana Menteri, mesyuarat khas tersebut memutuskan harga maksimum runcit bagi ayam standard dikurangkan 20 sen daripada harga siling yang ditetapkan iaitu RM9.10 kepada RM8.90 sekilogram. Harga berkenaan ditetapkan dari tempoh 5 Februari hingga 5 Jun.

Ada warganet yang tampil mempersoalkan mengapa air berjenama mahal dihidangkan dalam satu mesyuarat yang sedang membincangkan kos sara hidup rakyat yang kian tidak menentu.

Iklan

Justeru, untuk pengetahuan korang, air mineral Evian terkenal dengan harga yang tinggi dan kualiti yang baik.

Harganya memang 'kayangan' berbanding jenama lain, namun ada sebab mengapa air tersebut dikelaskan sebegitu, antaranya:

1. Baik untuk tulang, jantung dan mampu turunkan berat badan

Ia kaya dengan kalsium dan magnesium yang akan membuatkan tulang kuat, peradaran jantung yang baik dan membantu untuk menurunkan berat badan.

2. Ia adalah daripada sumber air semula jadi yang bukan sahaja menghilangkan dahaga malah membantu tubuh menjadi lebih sihat.

3. Pengiktirafan dari segi kesihatan dan brand 'awareness'

Air mineral Avian mendapat pengiktirafan dari segi kesihatan dan brand awareness tidak seperti jenama lain. Bukan sahaja dia melabur dalam pemasaran, namun dalam pelbagai acara termasuk Terbuka AS dan Wimbledon.

Baca juga Video ratusan penunggang motosikal berhenti tular, pokok tumbang, bumbung tercabut di Pulau Pinang

4. Air dari Perancis

Ia datang dari wilayah tenggara Perancis, Rhone-Alpes. Harga air sedikit sebanyak meliputi kos pengedaran global.

Jika di Perancis atau bahagian lain negara Eropah, air ini mungkin lebih murah daripada harga di Malaysia. Namun untuk sampai ke negara-negara di Asia Tenggara, kos untuk mengedar jenama air Evian ini akan menjadi lebih mahal.

5. Botol dari bahan kitar semula

Demi melindungi bumi, Evian menggunakan botol dari bahan yang mudah dikitar semula. Website mereka mengatakan botol diperbuat daripada polyethylene terephathalate (PET) yang mempunyai proses pembuatan kompleks. Kosnya juga agak mahal untuk menghasilkan botol dengan kualiti 100% PET.

Jadi sesuailah dengan harganya kan! Moga bermanfaat.