UMUM maklum sejak negara dilanda pandemik Covid-19 dua tahun lalu, orang ramai perlu mematuhi prosedur standard operasi (SOP) bagi membendung jangkitan virus tersebut.
Perkara tersebut sudah pun menjadi normal baharu masyarakat dalam urusan kehidupan seharian.
Pun begitu, kini kerajaan memutuskan untuk memansuhkan SOP imbasan suhu badan dan buku rekod ‘check in’ di semua premis bermula esok, 11 Februari 2022.
Berikut 7 perkara yang korang perlu tahu dengan pemansuhan SOP imbas suhu ini;
1. Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dengan pemansuhan ini, pihak pemilik permis tidak lagi diwajibkan untuk menyediakan alat pengimbas suhu dan buku rekod di pintu-pintu masuk premis.
2. Bagaimanapun daftar masuk premis menggunakan aplikasi MySejahtera masih diwajibkan seperti biasa.
6. Sebagai langkah keselamatan, ibu bapa dimohon memastikan anak jagaan berada dalam keadaan sihat dan tidak bergejala sebelum dihantar ke sekolah.
7. Murid yang bergejala atau mempunyai ahli keluarga yang disahkan positif adalah tidak dibenarkan untuk hadir ke sekolah.