BUAT penggemar makanan seafood, ini resipi khas buat korang.
Sotong masak hitam pedas pasti akan membuatkan korang seisi keluarga puas menikmati hidangannya.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Bila sebut sahaja masak hitam, sudah pasti akan menggunakan dakwat sotong tersebut namun bagi yang tidak menggemarinya boleh abaikan sahaja.
Masak seperti biasa dan sudah pasti rasa enaknya tetap sama!
Bahan-bahan;
- 500gm sotong
- Dakwat sotong (boleh ganti dengan sedikit kicap pekat)
- 5 sudu makan cili kisar
- 1 sudu makan perahan asam jawa
- 1 batang serai
- 1cm halia
- 1cm lengkuas
- 2 helai daun limau purut
- 1 sudu teh serbuk belacan
- 10 biji cili padi hijau
- 3-4 ulas bawang putih ditumbuk
- 1 biji bawang besar dipotong bulat
- Garam
- Serbuk perasa
- Serbuk kunyit
Cuba juga Udang tiga rasa ala Thai mudah, ratah pun sedap!
Cara membuatnya;
1. Masak air dalam kuali sehingga mendidih. Masukkan hirisan sotong dan masak seketika anggaran 2-3 minit, kemudian toskan.
2. Panaskan minyak secukupnya, tumis bawang putih dan serai sehingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak.
Cuba juga Sotong goreng tepung rangup, resipi senang tak letup
4. Kemudian masukkan cili padi hijau, daun limau purut, halia, lengkuas dan serbuk belacan diikuti dengan perahan air asam jawa.
5. Seterusnya masukkan sotong, dakwat sotong dan bawang. Gaul rata dan masak seketika.
6. Masukkan juga sedikit serbuk kunyit dan perasakan dengan garam serta serbuk perasa dengan secukupnya.
7. Angkat dan sotong masak hitam pedas siap untuk dihidang.
Sumber: Nurul Ateekah