BAGI penggemar makanan seafood, sotong goreng tepung adalah salah satu menu pilihan ramai.

Namun biasanya menu itu hanya dimakan atau dibeli di kedai kerana tidak sanggup membuat sendiri akibat ia meletup-letup ketika digoreng.

Selain itu, ada juga yang goreng tetapi tepung tidak melekat dekat sotong, jadi lembik dan tidak sedap.

Justeru, ini cara Nurul Faidha membuat sotong goreng tepung sempurna salutannya selain rangup dan enak.

Katanya, resipi beliau itu menghasilkan gorengan yang tidak meletup, tidak makan minyak serta elok kejadiannya.

Bahan-bahannya;

  • 1 cawan tepung ubi
  • 1 cawan tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung serbaguna
  • 1 biji telur

Sotong goreng tepung rangup, resipi senang tak letup

Cara-cara membuatnya;

1. Bersihkan sotong dan potong mengikut saiz yang dikehendaki.

2. Pecahkan telur dan gaul-gaul manja bersama sotong.

Iklan

3. Angkat sotong dan celupkan ke dalam campuran tepung ubi, jagung dan serbaguna. Boleh tambah sedikit garam dan serbuk lada hitam.

Cuba juga Jus tembikai bersama lemon dan laici segarkan tekak

Iklan

4. Minyak lebihkan sedikit dan tunggu sehingga betul-betul panas. Masukkan sotong yang dicelup tadi.

5. Goreng sehingga kekuningan. Jangan terlalu lama nanti sotong jadi liat.

Selamat mencuba!