TEMU duga merupakan satu proses yang membenarkan seseorang majikan menilai bakal pekerja bagi prospektif pekerjaan bersama syarikat, organisasi atau firma.
Dalam proses ini, majikan berharap untuk menentukan sama ada pemohon sesuai atau tidak dengan peranan tersebut.
Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!
Sudah pasti menghadiri proses itu memerlukan cara-caranya yang betul serta calon mestilah pandai mengendalikan diri.
Pun begitu, ini perkongsian Doktor Kesihatan dan Perubatan, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berhadapan calon ditemu duga yang unik.
1. Wakilkan emak untuk sesi temu duga.
Yang emel resume, telefon dapatkan maklumat dan datang temu duga adalah emak kepada calon. Calon tak dapat datang kerana sedang bercuti.
Baca juga Ini sebab kenapa Malaysia lebih sejuk sejak kebelakangan ini, tiada kaitan fenomena Aphelion
4. Meletakkan banyak syarat kepada syarikat.
Syarat yang diberi pada syarikat berkaitan masa bekerja, jadual cuti, rakan sekerja, kenaikan gaji, dan sebagainya.
Tidak dapat dipastikan sama ada calon yang memohon kerja atau syarikat yang memohon jadi majikan beliau.
Ujar Dr Kamarul Ariffin, banyak lagi kes-kes unik ini, tapi tak dapat dikongsikan semua.
Sementara itu, ikuti 10 tip ini, korang gerenti diambil bekerja;
1. Resume yang terbaik. Susun sijil dan dokumen dengan kemas.
2. Berpakaian formal, kemas dan menarik.
3. Kenali bakal majikan dan kenal pasti lokasi temu duga.
4. Sampai 30 minit lebih awal.
5. Bawa pen.
Baca juga "Maaf Dr, saya bawah pokok ni.." Norma baharu sesi temuduga mencuit hati
6. Berkeyakinan diri.
7. Beri salam kepada penemu duga dan berjabat tangan.
8. Duduk dalam postur tegak.
9. Jaga 'eye-contact'.
10. Ambil masa untuk menjawab soalan dan tanya soalan yang bernas.
Semoga bermanfaat!