"Maaf Dr, saya bawah pokok ni.." Norma baharu sesi temuduga mencuit hati

Dr Rozanizam Zakaria
Dr Rozanizam Zakaria
A
A
A

MESKIPUN negara kita sedang berdepan wabak Covid-19 dan masih dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), proses kemasukan pelajar ke universiti awam tahun ini bagi sesi 2020/2021 tetap diteruskan seperti biasa.

Hanya dengan bantuan jaringan internet, sebarang urusan melibatkan pertemuan kini terpaksa diubah kepada panggilan video.

Namun begitu, tidak dinafikan terdapat pelbagai kekangan dan cabaran yang perlu diterima pengguna dalam menjayakan sesi tersebut seperti capaian internet yang kadang-kala tidak begitu stabil di sesetengah tempat terutamanya di kawasan pinggir atau luar bandar.

Seperti apa yang dialami oleh seorang penemu duga yang dikenali sebagai Dr Rozanizam Zakaria, beliau berkongsi situasi yang dialaminya ketika menemu duga bakal pelajar secara dalam talian bagi kemasukan ke program medik.

“Ada yang ditemu ramah sambil duduk bawah pokok getah belakang rumah, kerana di situlah spot internet paling stabil.

“Susah juga nak abaikan kicauan burung-burung dan angin yang lalu,” tulisnya.

Dr Rozanizam mendakwa capaian internet yang kurang baik di dalam rumah menyebabkan sesetengah calon pelajar terpaksa keluar ke kawasan yang line clear.

Maka secara tidak langsung bunyi-bunyi asing seperti kicauan burung, deru angin dan pelbagai bunyi di persekitaran pastinya kedengaran dengan jelas membuatkan Dr Rozanizam Zakaria sedikit terhibur.

Namun, baginya ia bukan satu masalah kerana memahami keadaan tersebut.

Tambahnya, mereka tidak perlu meminta maaf kerana itu bukan kesalahan mereka dan pastinya mereka turut tidak mahu hal tersebut berlaku.

“Capaian internet bagus juga tidak menjamin calon itu diterima, andai kata gagal menjawab dengan baik ia bukan alasan untuk mereka diterima semudah itu,” katanya.

So, korang standby la port-port yang line clear okey. Haha!

Sumber: ">Dr Rozanizam Zakaria

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca