Ibu dedah wujud ‘individu’ lain guna nama rakan, siasatan surat cinta melampau anak darjah 3 selesai

Iklan
2

BARU-baru ini SinarPlus ada berkongsikan kisah surat cinta yang diterima murid Tahun 3 yang mana isi kandungannya amat memeranjatkan.

Ia termasuk dua lakaran pada surat berkenaan menyebabkan ibu bapa murid perempuan itu gusar dan risau.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, menerusi perkembangan terkini segalanya telah menemui jawapan.

Menurut ibu, pengguna TikTok ammi.miazill_kaklong siasatan yang dijalankan bersama pihak sekolah menemui siapa pelaku sebenar yang mengutuskan surat kepada anaknya.

Iklan

Baca juga: Anak Darjah 3 Dapat Surat Cinta Melampau, Lakaran Tidur Atas Katil Bikin Berderau

Iklan

BUKAN ANAQI TETAPI ORANG LAIN

Menurut ibu berkenaan, kanak-kanak bernama Anaqi yang ditulis di dalam surat sebagai penghantar sebenarnya menjadi mangsa apabila namanya digunakan.

"Sebenarnya Anaqi sama sekali tidak tahu menahu mengenai surat itu dan dia juga menjadi mangsa keadaan.

"Saya telah memohon maaf kepada ibunya kerana telah menularkan video berkaitan surat itu tanpa saya sedar video itu sudahpun menjadi viral,” katanya.

Apa yang dikesalkan, wujud segelintir warganet yang menyangka tujuannya memuat naik video berkenaan untuk mengecam pihak yang terlibat termasuk Anaqi dan keluarga.

"Seperti yang saya katakan, tujuan saya berkongsi adalah untuk membuka mata kita sebagai orang dewasa untuk memberikan lebih perhatian kepada anak-anak.

"Ini kerana perkara seumpama itu memang berlaku kanak-kanak di bawah umur,” tuturnya.

PELAKU SEBENAR

Menurut Ammi, siasatan dilakukan pihak sekolah berjaya menemui pelaku sebenar yang menulis surat berkenaan. Indivdiu yang dimaksudkan ialah seorang murid yang turut berada di dalam kelas yang sama.

"Pelaku tersebut dan penjaganya telah memohon maaf dan menyesali tindakan mereka.

"Saya juga telah memaafkan mereka dan mengucapkan terima kasih kepada ibu pelaku kerana memberi kerjasama dan memahami apa yang saya lalui,” katanya.

Ibu pelaku berkenaan pada awalnya terkejut dengan apa yang terjadi.

TIDAK BERCADANG PINDAH SEKOLAH

Enggan memanjangkan cerita, ibu berkenaan mengakui semua pihak yang terlibat telah pun berdamai.

"Saya tidak akan memindahkan sekolah Mia kerana saya yakin ibu kepada pelaku, pihak sekolah dan guru berjanji perkara ini tidak akan berulang lagi,” katanya.

Susulan perkongsian itu, warga maya menzahirkan rasa bersyukur apabila kes berkenaan sudah menemui pelaku yang sebenar.

Tidak kurang yang menyatakan rasa kasihan kepada kanak-kanak pertama yang menjadi mangsa keadaan.

KITA PERLUKAN IBU BAPA SEPERTI INI

SEMOGA EMOSI ANAK-ANAK STABIL

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: TikTok ammi.miazill_kaklong