MENERIMA surat cinta daripada murid berlainan jantina selalu terjadi di bangku sekolah suatu ketika dahulu.

Tidak sangka pada zaman sekarang perkara itu masih berlaku.
Kalau dulu surat cinta berisi kata-kata semangat dan pantun ringkas, kini isi kandungannya agak melampau.

Seperti dikongsikan seorang ibu, pengguna TikTok ammi.miazill_kaklong yang mendedahkan sepucuk surat cinta yang dihantarkan kepada anak perempuannya.

Dia pada mulanya hanya menyangkakan isi kandungan surat berkenaan biasa-biasa sahaja.

Baca juga: Kecederaan Otak, Paru-Paru, Tulang Patah Punca Kematian Rayan, Berikut Kronologi Operasi Menyelamat

Namun selepas mengamati beberapa lakaran dibuat murid lelaki berkenaan, dia menjadi curiga.

Lakaran individu sedang membuang air kecil dan tidur bersama membuatkan  darah ibu itu berderau, cemas dan bimbang.

Susulan daripada itu, Ammi dan suami sepakat untuk melaporkan perkara berkenaan kepada guru kelas.

“Jadi saya pun cepat-cepat laporkan kepada guru kelas anak. Harap cikgu dapat pantau dan nasihat budak itu.

“Dan saya juga minta cikgu beritahu kepada ibu bapa kanak-kanak terbabit. Sebab kita tidak tahu apa yang dia nampak atau tengok di rumah,” katanya.

Dalam pada itu, Ammi turut menambah anaknya sudah dididik berkaitan pergaulan. Malah apa sahaja yang mencurigakan, si anak akan terus dimaklumkan kepadanya.

“Mia memang sudah dididik setiap masa tentang batas pergaulan dari tadika lagi.

“Dia memang akan report kepada mummy kalau ada perkara pelik seperti ini.

“Aishhh budak-budak zaman sekarang ini risau betul,” tulisnya.  

Iklan

Warganet turut menzahirkan kebimbangan melihat kanak-kanak yang terdedah dengan perkara seperti itu. Ada juga yang meminta para ibu bapa memantau telefon anak dan memeriksa kandungan yang diakses.

‘INI MELAMPAU’

PERIKSA TELEFON ANAK

Tip ibu bapa dan guru

Iklan

Dalam pada itu, seorang aktivis, Akhi Fairuz pernah berkongsi perihal ‘surat cinta’ seorang murid Tahun 4 mengajak murid untuk melakukan hubungan intim di tandas.

Perkara tersebut pernah mendapat perhatian ramai dan tular di laman sosial Twitter.

Katanya ibu bapa perlu menjadi guru pertama mendidik anak tentang pendidikan seksualiti di rumah.
 
Berikut saranan beliau kepada guru atau ibu bapa berhadapan situasi ini:

1. Jangan marah atau pukul kanak-kanak berkenaan.
2 .Jumpa kanak-kanak berkenaan secara berdepan dan tanya baik-baik.
3. Tunjukkan rasa empati dan bantu apa yang patut.
4. Jika ada berlaku perbuatan jenayah, buat laporan polis atau hubungi talian Kasih 15999.

Disamping itu, dapatkan bantuan dan nasihat mereka yang pakar. 

Baca juga: Jutawan termuda di dunia berusia 9 tahun, miliki Bentley, terbang dengan jet peribadi

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: TikTok ammi.miazill_kaklong, Akhi Fairuz