Lee Zii Jia tewaskan juara dunia dari Singapura!

Iklan
2

JAGUH badminton negara, Lee Zii Jia sentiasa menampilkan aksi cemerlang.

Dalam perkembangan terbaru, pemain handal berasal dari Kedah itu berjaya menumpaskan juara dunia dari Singapura, Loh Kean Yew dengan merekodkan kemenangan 1-0.

Iklan
Iklan

Berita menggembirakan itu dikongsikan menerusi laman sosial Twitter Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Iklan

Baca juga: #DemiMalaysia: Peminat Gembira BAM Restu Lee Zii Jia, Tiada Lagi Penggantungan 2 Tahun

Menurutnya, keputusan bagi Kumpulan B yang mana Zii Jia berada mencatat mata 21-6 dan 21-14.

Iklan

Pemain 24 tahun itu berjaya menumpaskan lawannya itu dalam persaingan yang berlangsung hari ini di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.

Susulan keputusan itu, Malaysia kini sedang mendahului Singapura dengan kelebihan 1-0.

Pemain Singapura, Loh Kean Yew, 24, sebelum ini memegang gelaran juara dunia setelah menewaskan pemain India, Srikanth Kidambi dengan 21-15, 22-20 dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki Kejuaraan Dunia (BWF) pada Disember tahun lalu.

[caption id="attachment_73236" width="800"] Loh Kean Yew[/caption]

Malaysia yang diundi dalam Kumpulan B bersama Jepun, Singapura dan Kazakhstan menyenaraikan enam pemain perseorangan lelaki diketuai Zii Jia selain Ng Tze Yong, Aidil Sholeh Ali Sadikin, Leong Jun Hao, Lim Chong King dan Kok Jing Hong.

Biarpun pelbagai pelbagai perkara timbul baru-baru ini hingga hampir digantung, prestasi Zii Jia tetap unggul dan membanggakan. Syabas!

Baca juga:  33 Minit Zii Jia Benam Perancis, Menang Bergaya. 10 Fakta Jaguh Badminton Ini

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber:">BAM