BEBERAPA hari lalu, Lee Zii Jia menjadi topik hangat para peminat sukan negara.

Ia susulan tindakan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membuat keputusan untuk tidak mendaftarnya dalam mana-mana kejohanan untuk tempoh dua tahun selepas pemain nombor tujuh dunia itu mengambil keputusan meninggalkan skuad kebangsaan.

Bagaimanapun segala kekusutan akhirnya terlerai seusai pertemuan Zii Jia, ibu bapa bersama Presiden BAM, Tan Sri Norza Zakaria.

Baca juga: [VIDEO] Tukar gambar profil hitam selepas keputusan BAM, peminat lega lihat Lee Zii Jia ceria, ‘sporting’ seperti selalu

“Saya berbesar hati untuk mengadakan pertemuan peribadi dari hati ke hati dengan Presiden BAM, Tan Sri Norza Zakaria bersama ibu bapa saya.

“Saya gembira kerana kami kini menyelesaikan isu ini dengan BAM selepas mendapat restu Tan Sri Mohamad Norza Zakaria untuk menjadi pemain profesional,” titip Zii Jia di laman sosial Instagram.

Zii Jia turut menyatakan dirinya akan sentiasa menjadi BAM dan negara pada masa depan.

“Pencapaian masa lalu dan masa depan saya akan sentiasa menjadi produk Tan Sri Norza, BAM dan Malaysia.

“Saya sentiasa bersyukur kerana Tan Sri membimbing, mengasuh dan memberi peluang untuk berkhidmat kepada negara yang saya cintai.

“Pada masa ini, saya akan komited untuk Kejohanan Berpasukan Asia. Saya harap kesimpulan ini menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia dan peminat badminton.

“Teruskan menyokong BAM dan juga pemain profesional negara yang turut diasuh oleh BAM kerana akhirnya kita adalah satu,” katanya.

Hantaran Zii Jia menerima pelbagai reaksi daripada para peminat. Rata-rata menyatakan sokongan dan berkongsi kata simbol pagar #DemiMalaysia.

– “Semuanya akan baik-baik saja! Kami berbangga dengan kamu!”

Iklan

– “Kita berjuang untuk Malaysia.”

– “Demi Malaysia.”

– “Semua yang terbaik untuk Lee Zii Jia.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lee Zii Jia 李梓嘉 (@leeziijia)

Iklan

Terdahulu BAM memutuskan untuk tidak mendaftarkan nama Zii Jia dalam mana-mana kejohanan untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa 18 Januari 2022.

Beberapa jam selepas itu, Zii Jia dilihat menukar gambar profil akaun laman sosial Facebook rasminya kepada warna hitam.

Baca juga:  33 Minit Zii Jia Benam Perancis, Menang Bergaya. 10 Fakta Jaguh Badminton Ini

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Instagram Lee Zii Jia