3 anak masukkan jenazah bapa sebagai 'content' TikTok dikecam, bertentangan etika, akhlak Muslim

Iklan
1

TIDAK dinafikan pemergian orang yang tersayang mengundang kesedihan yang tiada penghujung.

Apatah lagi sekiranya melibatkan adalah ibu atau ayah, kehilangan mereka pasti tiada galang gantinya lagi.

Iklan
Iklan

Pelbagai perkara dilakukan oleh kebanyakan daripada kita bagi meluahkan kesedihan di platform media sosial. Namun ia bukanlah lesen untuk menggunakan tubuh dan jasad si mati sebagai kandungan media sosial.

Iklan

Video berdurasi 18 saat itu memaparkan trend ‘sebelum dan selepas’ yang menjadi ikutan di aplikasi media sosial itu.

Bahagian ‘sebelum’ ialah pada Oktober 2021 yang menunjukkan ketiga-tiga mereka sedang menari sambil duduk manakala seorang lelaki dipercayai bapa mereka berdiri di belakang.

Iklan

Suntingan untuk bahagian 'selepas' telah memasukkan rakaman bertarikh Februari 2022 di mana ketiga-tiga wanita berkenaan berdiri dengan kedudukan yang sama bersebelahan dengan jenazah bapa mereka.

Pada akhir video, ketiga-tiganya berpaling ke arah jenazah.

[caption id="attachment_73330" width="800"] Gambar hiasan[/caption]

"Rasa sekejap sangat bersama papa. Perginya papa pada hari Jumaat setelah bertarung 33 hari di Unit Rawatan Rapi (ICU) .

"Semoga syurga tempatmu papa bersama para hamba-NYA yang soleh. Amin,” titipnya menerusi ruangan kapsyen.

Dalam pada menanggung kehilangan, mereka turut meluahkan perasaan sedih.

Video yang telah dimuat naik di aplikasi TikTok itu mengundang pelbagai respons warga maya.

Rata-rata mereka menganggap kandungan itu sebagai tidak sensitif. Susulan dikecam ramai, video tersebut telah dipadamkan.

Terdahulu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada Januari 2021 memberi penjelasan berhubung pertanyaan tentang menyebar video orang yang telah mening gal dunia yang dirakamkan bagi tujuan kenang-kenangan dan dikongsi di media sosial.

Baca juga: Mengingati Mati Mengurangkan Hasrat Duniawi Kita. Ketahuilah, Sakit Bukanlah Syarat Kepada Kematian

"Tidak sepatutnya bagi seseorang muslim itu menyebar video atau gambar si mati di dalam media sosial atau kepada masyarakat umum.

"Ini kerana ia bertentangan dengan etika dan akhlak bagi seorang Muslim.

"Selain itu, perbuatan itu juga boleh mengundangkan kepada fitnah dan perasaan tidak selesa terhadap keluarga si mati. Bahkan ia juga perlu dihentikan daripada terus tersebar dengan kadar segera.

"Namun, perbuatan menyebarkan video atau gambar tersebut diharuskan bagi tujuan tertentu untuk menjaga kebaikan dan manfaat bagi pihak yang berautoriti dengan syarat mendapat keizinan pihak keluarga serta menjaga aib si mati,” menurut penjelasan ‘Irsyad Al-Fatwa Siri Ke 540: Hukum Merakam Video Orang Yang Meninggal Dunia?’

Semoga kisah ini menjadi pengajaran. Diharapkan ia menjadi panduan buat kita semua agar lebih sensitif berkaitan hal kandungan berkaitan jenazah.

Baca juga: Laman Terbiar, Jiran Sangka Sudah Berpindah, Bongkar Penemuan ‘Mumia’ Nenek Mati Terduduk 2 Tahun

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!