Anak gagap bercakap sering dipersendakan. Ibu bapa perlu ambil langkah awal atasinya

Iklan
Untitled design

"La..la..lapar! Nak ma..ma..makan nasi" Pernyataan kanak-kanak sebegitu mungkin dilihat comel, tetapi jika dibiarkan tanpa rawatan, si kecil boleh mengalami gagap kekal.

Menurut Hello Doktor, gagap merupakan salah satu gangguan pertuturan perkataan berulang sehingga menyebabkan kesukaran untuk menyatakan sesuatu perkara dengan jelas.

Iklan
Iklan

Situasi tersebut turut disertakan dengan tingkah laku seperti mata cepat berkedip dan geletar atau tremor pada mulut.

 

Iklan

Baca juga:Ini komplikasi yang boleh dihadapi jika si kecil tiada vaksin covid 19 kenali MISC dengan lebih terperinci

Baca juga: Masalah juling beri impak psikologi kepada kanak-kanak selain murung pembelajaran mereka boleh terjejas teruk

Iklan

 

Dalam kalangan kanak-kanak lingkungan usia dua hingga lima tahun, pengulangan sama ada satu atau dua perkataan dalam ayat boleh berlaku.

Beberapa penyebab seperti sejarah keluarga, perkembangan pembelajaran dan tekanan perasaan, antara kriteria si kecil berdepan dengan masalah itu.

Natijahnya, situasi tersebut pasti akan menjejaskan kualiti komunikasi kanak-kanak kerana mereka sukar menjelaskan keinginan atau emosi kepada individu lain dengan jelas.

Itu satu hal. Namun, paling menakutkan, si kecil berkemungkinan akan menjadi mangsa buli, ejekan atau usikan rakan-rakan sekeliling yang berpendapat bahawa gagap adalah satu hal yang melucukan.

Meskipun terdapat beberapa individu sebegitu yang genius, berpengaruh dan terkenal seperti Issac Newton, George Washington dan Stephen Hawking yang boleh dijadikan idola, tetapi kemelut berkenaan perlu dicegah sebaiknya.

Tiada punca jelas

Mengulas lanjut mengenai perihal itu, Ahli Terapi Bahasa dan Pertuturan, Pusat Pertuturan dan Pendengaran, Pusat Perubatan Sunway, Nawal Mohd Shafie berkata, gagap tidak boleh diklasifikasikan sebagai masalah kesihatan.

[caption id="attachment_73586" width="800"] Nawal Mohd Shafie[/caption]

Jelas Nawal, ia lebih terdorong kepada gangguan kelancaran sebutan pada peringkat perkataan atau ayat.

Pada masa sama, kanak-kanak yang berusia antara tiga tahun enam bulan dan ke atas lebih cenderung untuk berdepan dengan gagap kekal sekiranya tidak mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Kepada satu soalan, kata beliau, tiada punca jelas yang boleh dikaitkan. Namun, mereka yang memiliki ahli keluarga yang gagap berpotensi untuk mengalami kondisi berkenaan.

Dari satu sudut, individu gagap dipercayai mempunyai kelainan pada fungsi otak ketika mereka bertutur.

Secara asasnya, ujar Nawal, gagap terbahagi kepada tiga bahagian iaitu gagap neurogenik (gangguan saraf), psikogenik (tekanan emosi) dan perkembangan (pembelajaran).

Gagap neurogenik berpunca daripada gangguan saraf otak akibat kecederaan atau masalah kesihatan.

Psikogenik pula terjadi disebabkan trauma psikologi, manakala perkembangan pula kerap berlaku ke atas kanak-kanak di bawah usia lima tahun dan ia akan beransur pulih dari semasa ke semasa.

Mengulas lanjut, Nawal berkata, gagap bukanlah sesuatu yang luar biasa sekiranya dapat ditangani dengan lebih awal.

"Ini kerana ia merupakan sebahagian daripada proses perkembangan bahasa dan dianggap satu situasi normal seandainya pertuturan si cilik tidak lancar.

"Mereka akan mempelajari pelbagai peraturan penggunaan bahasa termasuk perkembangan perkataan yang sedang berlaku dengan pesat.

"Secara tidak langsung golongan itu akan berusaha untuk melancarkan pertuturan agar berubah menjadi lebih baik," katanya sambil menambah, kanak-kanak lelaki lebih cenderung berdepan isu tersebut berbanding perempuan.

Rawatan dan sokongan

Dari segi rawatan, Nawal menyarankan agar ibu bapa mendapatkan rawatan dengan berjumpa ahli terapi bahasa dan pertuturan.

Lebih-lebih lagi jika membabitkan kanak-kanak yang gagap secara ketara, enggan bercakap, memberontak apabila diminta untuk ‘membuka mulut‘ atau mempunyai sejarah keturunan.

Dalam hal itu juga katanya, ibu bapa bersama guru dan individu sekitar diminta untuk terus menyokong kanak-kanak yang mengalami dilema itu. Sebenarnya, ia tidak terkait dengan isu tumbesaran sahaja, tetapi turut membabitkan emosi dan pembelajaran si cilik kelak.

"Bagi memperbaiki kelancaran kanak-kanak bercakap, mak ayah dan guru diminta tidak perlu mempamerkan reaksi berlebihan seperti terburu-buru atau mendesak kanak-kanak agar segera menghabiskan kata-kata mereka.

"Beri peluang kepada kanak-kanak untuk saling bergilir ketika bertutur," jelasnya.

Nawal turut menegaskan agar penjaga tidak terlalu gopoh untuk memotong percakapan anak gagap kerana ia akan menyebabkan mereka enggan untuk bercakap dan berinteraksi dengan orang lain.

"Luangkan masa untuk berbual dengan anak-anak bagi membantu mereka bertutur dengan lancar, sekali gus menambah keyakinan mereka.

"Pada masa sama, jangan rasa malu bersembang dengan anak sendiri tatkala berada di hadapan khalayak," ujarnya.

SOLUSI lain atasi anak gagap

1) Latih kemampuan anak berbicara secara kerap

Selain berjumpa pakar, ibu bapa atau penjaga disaran untuk melatih kemampuan anak bercakap di rumah.

Menghadapi anak yang gagap memang memerlukan kesabaran yang tinggi. Oleh itu, dengarkan dengan baik dan saksama apa yang diucapkan mereka.

Jangan biarkan anak mengetahui anda rasa terganggu atau tidak sabar ketika mereka sedang berbicara.

2. Bercakap atau bersembang dengan tenang

Selain mendengar apa yang hendak diperkatakan, cuba bersembang dengan mereka secara tenang dan perlahan.

Selain itu, pastikan juga suasana rumah tidak terlalu hiruk-pikuk, nyaman, selesa di samping minta anggota keluarga lain turut menyokong anak yang gagap.

3. Hindari perkataan tertentu

Ketika mengetahui anak mengalami gagap, anda mungkin ingin mengatakan, ‘cakaplah perlahan-lahan‘ atau ‘cuba cakap dengan jelas‘. Ya, tujuannya baik, namun anda diminta untuk menghindari perkataan tersebut agar si anak tidak kehilangan kepercayaan kepada dirinya.

4. Ajak si kecil membaca

Cara ini dapat mendidik anak untuk bernafas dengan baik saat berbicara. Meski mungkin pada awalnya susah, anda perlu sabar dan membantunya secara perlahan-lahan.

Satu lagi, ibu atau bapa mungkin dapat meluangkan waktu untuk bersembang berduaan dengan anak agar mereka akan rasa lebih selesa dan yakin.

Sumber Editor Perubatan Aladokter, Dr Kevin Adrian

 

Jangan lupa follow SinarPlus di Instagram