KISAH wanita yang berusaha mendapatkan bantuan untuk ibunya yang lumpuh seluruh badan mendapat perhatian ramai.
Selama dua tahun Dyana Mohamed, 37, cuba mendapatkan bantuan daripada dua badan tersebut bagaimanapun pelbagai alasan diberikan. Antaranya ialah borang yang dikemukakan hilang dari dalam simpanan.
Baca juga: Kisah 'rider' wanita bawa anak OKU penglihatan hantar makanan jentik hati warganet
"Ibu saya memang terlantar dan tidak boleh bergerak. Bantuan OKU terlantar ini digunakan untuk lampin pakai buang, susu dan barang kelengkapan pembersihan,” katanya.
Pendapatan Dyana dan suami yang menjalakan perniagaan burger hanya cukup untuk mereka suami isteri dan enam cahaya mata. Justeru wanita itu terpaksa mendapatkan bantuan demi ibunya.
Kisah yang menimpa wanita itu telah mendapat perhatian aktivis masyarakat, Ebit Lew.
Dalam pada itu, Ebit turut memberikan semangat buat Dyana dan keluarga.
"Sabar kakak, ujian kerana kasih sayang ALLAH pada kakak. Besar nilai menjaga seorang mak yang terlantar bertahun-tahun. Doa kakak makbul. Doakan saya ya.
"Syukur semalam call Kak Dyana Mohammed. Menangis dia dengan pelbagai ujian. Beliau dan suami berniaga burger untuk menyara emaknya yang sudah lama terlantar.
"Semua ni doa akak. Jangan sedih kak. Bila stress sedih ingat DIA sayang kita. Banyak nikmat pada kita,” titip Ebit.
Baca juga: PKPB: Kawal tekanan darah tinggi di rumah, elak serangan sakit jantung, strok mendadak
Dalam pada itu, Ebit turut menitipkan kesyukuran dan penghargaan buat jabatan kebajikan dan pusat zakat yang membantu Dyana sekeluarga.
"Syukur ramai hadir membantu. Terutama keluarga dan jiran-jiran memberi sokongan,” tulis Ebit.
Warga maya meluahkan rasa syukur dan terharu atas bantuan yang disalurkan oleh Ebit.
-"Syukur Alhamdulillah. Terima kasih ustaz sentiasa perihatin terhadap mereka yg memerlukan bantuan. Semoga ALLAH merahmati hidup ustaz sekeluarga
-"Terima kasih ALLAH hadirkan orang sepertimu, Alhamdulillah. Moga ALLAH permudahkan urusan, rezeki serta sentiasa di dalam rahmat ALLAH SWT.”
-"Alhamdulillah Syukur Ebit, jutaan terima kasih kerana entiasa prihatin kepada golongan memerlukan.”
-"Allahuakhbar UEL yang sedang diuji dahulu sampai.”
-"Terima kasih ustaz. Moga ALLAH gerakkan hati insan mulia dari badan berwajib membantu.”
Keprihatinan Ebit dan pihak yang lain wajar dijadikan contoh buat kita semua agar sentiasa cakna dan sama-sama menjaga kebajikan insan lain.
Baca juga: Sentiasa jaga, buat pemeriksaan otak kita, boleh elak serangan strok