BERDASARKAN statistik, hipertensi atau penyakit darah tinggi membabitkan kira-kira satu dalam setiap tiga orang dewasa Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.

Sebanyak 35.3 peratus menghidap penyakit berkenaan dengan bacaan 140/90 atau lebih tinggi.

Bagaimanapun, bagi setiap dua pesakit yang didiagnosis, ada tiga lagi pesakit yang kekal tidak didiagnosis dan tidak dirawat kerana penyakit tersebut dikatakan berkembang tanpa sebarang simptom, menyebabkan mereka berisiko untuk mendapat serangan jantung dan strok.

Covid-19: Kawal tekanan darah tinggi di rumah elak serangan sakit jantung strok mendadak
MEREKA yang mengalami penyakit hipertensi atau tekanan darah tinggi membuka ‘ruang luas’ kepada virus Covid-19 menjangkiti tubuh badan seseorang.

Meskipun dalam tinjauan OMRON Healthcare yang dijalankan baru-baru ini mendapati, 85 peratus daripada 504 responden telah memeriksa tekanan darah mereka tahun lalu, 42 peratus berpendapat, tekanan darah mereka tidaklah serius atau memerlukan pemantauan secara berkala.

Satu pertiga atau 34 peratus berasakan bahawa pemeriksaan tekanan darah setiap kali mereka berjumpa doktor sudah memadai.

Bagaimanapun dengan hipertensi yang menjadi semakin kerap melanda orng muda, penting untuk kita semua memahami betapa pentingnya memantau tekanan darah yang berkala.

Kenapa praktis penting? Ia kerana memberi ruang kepada kita untuk menukar gaya hidup dan mendapatkan rawatan pada peringkat awal.

Darah tinggi vs Covid-19

Seperkara yang umum perlu ketahui, pesakit hipertensi didapati mengalami kesan yang lebih buruk akibat COVID-19 berbanding individu yang sihat.

Pakar Perubatan Dalaman Perunding, Hospital Columbia Asia, Dr Mohd Arifin Mohd Ali berkata, tekanan darah tinggi atau hipertensi adalah pembunuh senyap dan penyebab utama serangan jantung dan strok.

“Peluang anda untuk mendapat penyakit ini meningkat dengan usia dan masalah kesihatan kronik yang sedia ada. Ini bermakna, jika anda menghidap diabetes, obesiti atau kolesterol tinggi, anda lebih cenderung untuk mendapat penyakit ini.

“Jika anda ada sejarah hipertensi dalam keluarga, anda berdepan dengan peluang 50 peratus lebih tinggi untuk menghidap penyakit ini yang membuatkan anda lebih berisiko mendapat strok, serangan jantung atau masalah buah pinggang terutama jika tekanan darah anda tidak dikawal dengan baik,” katanya yang juga Presiden Persatuan Hipertensi Malaysia (MSH).

Covid-19: Kawal tekanan darah tinggi di rumah elak serangan sakit jantung strok mendadak

Iklan

Justeru, katanya, disebabkan kadar pesakit hipertensi kian meningkat dalam kalangan orang dewasa yang lebih muda, maka, setiap orang dewasa perlu memantau tekanan darah mereka secara berkala bermula dari umur 18 tahun ke atas.

“Oleh kerana hampir 70 peratus orang dewasa Malaysia berisiko mengalami peningkatan tekanan darah dan hanya 37.4 peratus daripada pesakit yang dirawat mencapai tahap tekanan darah yang terkawal, kesedaran lebih besar menjadi kunci untuk mengurangkan kadar kelaziman hipertensi dalam masyarakat,” ujar Dr Mohd Arifin.

Buat semak-diri

Dalam usaha untuk membantu mengenalpasti mereka yang berisiko tinggi, OMRON bekerjasama dengan MSH menghasilkan senarai semak-diri yang mudah untuk menggalakkan responden memeriksa tekanan darah mereka dan berjumpa doktor bagi mendapatkan nasihat mengenai cara mencegah atau merawat hipertensi yang tidak didiagnosis.

Iklan

Pengarah Pemasaran Serantau, OMRON Healthcare Asia Pasifik, Alexis En berkata, pihaknya berkongsi objektif yang sama dengan MSH untuk mengurangkan beban hipertensi.

Covid-19: Kawal tekanan darah tinggi di rumah elak serangan sakit jantung strok mendadak

Di OMRON, kami mempunyai visi yang dipanggil GEN 0 (Gen Sifar). Ia merujuk kepada generasi yang tidak ditentukan oleh usia, satu generasi yang bebas daripada serangan jantung dan/atau strok. Sebagai peneraju dalam alat pemantauan di rumah, ini adalah harapan kami untuk masa hadapan dan kami sangat berterima kasih kepada semua pakar kesihatan yang membuka laluan menuju ke sasaran ini,” katanya.

Untuk maklumat selanjutnya, sila kunjungi bit.ly/HypertensionSelfCheck untuk mengambil senarai semak-diri dan laman web Persatuan Hipertensi Malaysia untuk penerangan lanjut tentang penyakit tekanan darah tinggi.