Kerabu bayam Brazil sedap, berkhasiat, gaul-gaul siap

Iklan
Kerabu bayam Brazil sedap, berkhasiat, gaul-gaul siap

KERABU merupakan hidangan pembuka selera dengan gabungan lengkap rasa masam, pedas dan sedikit manis.

Ia memang sedap dan lebih menggoda bila bahan campurannya segar sehinggakan boleh diratah begitu sahaja.

Iklan
Iklan

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Iklan

Hidangan kerabu bayam Brazil ini mampu membuka selera sesiapa sahaja.

Selain dinikmati bersama nasi dan lauk-lauk lain, kerabu bayam Brazil ini juga sangat enak diratah begitu sahaja.

Iklan

Lagipun bahan yang diperlukan untuk membuatnya sangat ringkas dan senang didapati.

Bahan-bahannya;

  • Bayam Brazil
  • Mangga muda disagat halus
  • Cili padi dihiris
  • Bawang merah dihiris
  • Gula secukup rasa
  • Jus limau nipis secukupnya
  • Asam boi dihiris atau disagat
  • Kerisik secukupnya
  • Ikan bilis goreng secukupnya
  • Hirisan bunga kantan

Cuba juga Kerabu pucuk daun kari sedap, aroma wangi memikat selera

Cara membuatnya;

1. Bersihkan daun bayam Brazil dan toskan airnya.

2. Dalam bekas berasingan, sediakan semua bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan kerabu. Untuk asam boi, jangan ambil bijinya. Sagat isinya sahaja.

3. Masukkan bayam Brazil ke dalam bekas diikuti hirisan mangga muda, cili padi, bawang merah, bunga kantan, jus limau nipis, gula dan asam boi.

Cuba juga Mudah dibuat! Sambal daging merah lazat, pembuka selera

4. Tambahkan juga kerisik. Gaul rata dan rasa masam, masin dan manisnya supaya seimbang.

5. Akhir sekali, tabur ikan bilis goreng. Lebih banyak diletak, lebih sedap rasa kerabu. Siap untuk dihidang.

Sementara itu, ini khasiat bayam Brazil patut korang tahu;

1. Mencegah kanser

2. Melawan radikal bebas

3. Meningkatkan kesihatan mata

4. Menurunkan berat badan

5. Meningkatkan sistem ketahanan badan

6. Mengelakkan sembelit

7. Mengawal tekanan darah tinggi

Sumber: Nabila Humaira, rootofscience