MENU sambal daging merah memang sesuai dan sedap bila dimakan dengan nasi panas-panas.

Bukan sahaja itu, ia juga lazat dimakan bersama ketupat dan nasi impit. Malah sangat enak bila diletak di dalam juadah lontong.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Jika biasanya kita makan sambal ikan bilis, udang, ikan dan ayam, apa kata kali ini tukar pula dengan daging.

Cara nak masaknya pun mudah dan tidak menggunakan banyak bahan, tapi rasa tetap sedap!

Melihat sahaja sambalnya yang pekat pasti membuka selera seisi keluarga.

Bahan-bahannya;

  • 500gm daging direbus
  • 1 biji bawang besar hiris
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 4 sudu makan minyak masak
  • 4 sudu makan pes cili kering
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan air asam jawa

Cuba juga Sotong masak hitam pedas lazat, pasti digemari keluarga

ELAK pengambilan daging merah terlalu banyak selain makanan terproses seperti sosej, nuget dan burger.

Bahan kisar;

  • 2 cm halia
  • 1 batang serai
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih

Cara membuatnya;

1. Hiris daging kecil-kecil, ketepikan. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi.

2. Kemudian masukkan pes cili kering, terus kacau hingga pecah minyak. Tambahkan air asam jawa, sos cili, sos tomato dan hirisan daging.

Iklan

Cuba juga Bakar kambing perap dalam buluh, resipi istimewa dua beradik jadi sensasi di Kedah buat ramai sanggup beratur panjang

3. Gaul rata hingga sekata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Iklan

4. Jika terlalu kering tambahkan sedikit air. Kecilkan api dan biarkan sambal terus mereneh. Siap!

Selamat mencuba, semoga bermanfaat!

Sumber: Suhainur