SETIAP pasangan pengantin pastinya mahu mengabadikan hari bahagia mereka dengan pelbagai kelainan supaya dapat diingati hingga ke akhir hayat.
Lebih-lebih lagi momen terindah ketika duduk bersanding di mahligai pelaminan. Detik bahagia itu menjadi ingatan selamanya.
Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!
Aduhai! Gara-gara pengantin perempuan disahkan positif Covid-19, terpaksalah si suami merakam memori persandingan mereka bertemankan laptop.
Yelah, persiapan hari bahagia sudah ditempah awal, tetamu juga semua sudah diundang, sudah pasti majlis tetap perlu dilaksanakan.
Menariknya, pengantin perempuan yang berada di skrin laptop itu turut dilihat lengkap berpakaian songket.
Dalam pada itu, tetamu dan jurukamera juga dilihat tetap merakam foto pengantin lelaki dan isterinya.
Baca juga [VIDEO]"Rasa cikedis kot" - Ramai terpegun lihat aksi kanak-kanak ratah petai
Video tersebut ternyata mencuri perhatian ramai, sehingga kini mendapat lebih 1.1 juta tontonan dan hampir 60,000 tanda suka.
Bagaimanapun akaun TikTok tersebut meletakkan ruangan komen kepada mood privasi, respon warga maya tidak dapat dibaca ketika ini.
Apa pun, moga pasangan pengantin sabar dan tabah menempuh dugaan dan berbahagia hingga hujung usia.