TIDAK dinafikan mendaki (hiking) merupakan aktiviti mencabar dan menyeronokkan yang boleh dilakukan secara berkumpulan bersama keluarga mahupun rakan.
Namun dalam keseronokkan melakukan aktiviti tersebut, pasti terselit beberapa dugaan sepanjang melalui trek laluannya.
Seperti seorang pemuda yang tampil berkongsi aktiviti berkenaan dan mencuri perhatian ramai.
Tulisnya di ruangan kapsyen video tersebut,"agaknya binatang ni ada berapa ekor?"
Dalam melihat aksi pacat yang menggelikan itu, tiba-tiba lain pula yang terjadi apabila ramai warga maya melihat sosok misteri dalam video tersebut.
Dia dilihat secara tidak sengaja merakam satu jelmaan berambut panjang lengkap berbaju putih sedang duduk di sebalik batu di kawasan air terjun tersebut.
Baca juga Idea ‘genius’ penghadang banjir tular, tuan rumah dipercayai guna beg pasir elak air masuk
Pemuda tersebut turut mengakui yang dia tidak perasan dengan kehadiran entiti tersebut sehinggalah meneliti video itu kembali dan melihat ada sesuatu.
Namun, dalam posting video berasingan, pemuda tersebut turut berkongsikan video dirinya yang sedang mandi di air terjun tersebut namun entiti itu hilang dari pandangan.
Video berkenaan telah mendapat lebih 5 juta tontonan dan hampir 1,000 komen yang rata-ratanya mengakui seram dan meremang bulu roma.