BANJIR yang melanda negeri- negeri di Pantai Timur khususnya Kelantan semakin parah.

Ia susulan hujan lebat berterusan beberapa hari lalu menyebabkan air di beberapa sungai utama meningkat melebihi paras bahaya.

Seramai 8, 489 orang mangsa banjir daripada 2, 750 buah keluarga di beberapa jajahan telah dipindahkan di Kelantan. Mangsa paling ramai adalah dari Kuala Krai dan Pasir Mas.

Sejumlah 68 buah Pusat Pemindahan Banjir diwujudkan bagi menempatkan mangsa.

Baca juga: #SiBibirMerah Keadaan Banjir Makin Buruk, Doakan Hulu Terengganu…

Baca juga: Waspada, Hujan Sangat Lebat Berterusan, Angin Kencang Diramal Di Semenanjung – Meteorologi Malaysia

Walau bagaimanapun, tular sebuah video yang memaparkan situasi banjir di Kampung Bukit Abal, Pasir Putih.

Ketika kawasan sekitar mula dinaiki air, beberapa buah rumah dilihat selamat tanpa limpahan air banjir susulan idea dan kreativiti pemilik kediaman terbabit.

Menerusi paparan video di TikTok @Ise1199, pemilik kediamaan berkenaan dipercayai telah membina benteng daripada beg pasir bagi menghalang kemasukan air ke kawasan rumahnya meskipun paras air di sekeliling boleh dikatakan sudah tinggi.

@ise1199 Rumah dia tak masuk air weiii. Banjir di kg bukit abal, pasir puteh kelantan #fyp ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Hantaran tular itu telah dimuat naik di sebuah ‘page’ di laman sosial Facebook. Rata-rata warga maya memuji tindakan bijak pemilik kediaman tersebut yang membuat persediaan awal.

“Penggunaan beg pasir yang pernah disarankan di sini ketika banjir Selangor pada dua bulan lalu dalam menyelamatkan harta benda adalah mudah dan tidak serumit ini.

“Imej dari Kampung Bukit Abal, Pasir Putih, Kelantan ini menunjukkan hebatnya tuan rumah memagar seluruh halaman daripada air banjir.

“Pemilik rumah ini seorang yang peka, analitikal dan mendahului dalam menjangkakan keadaan cuaca beberapa hari lebih awal.

“Beg pasir digunakan seluruh dunia sejak dulu dalam menahan air banjir kerana butirnya yang berat. Apabila disusun ia menjadi kemas.

“Ketika menahan air banjir, ia menjadi lebih berat dan mencengkam antara satu sama lain kerana keadaan pasir yang basah dan berupaya menghalang air daripada tiris,” katanya.

Baca juga: Waspada! La Nina Berterusan Hingga Mei, Angin Kencang, Hujan Lebat Dijangka Di Pantai Timur, Sabah, S’wak

Iklan

Dalam pada itu warganet turut mengakui keberkesanan teknik yang digunakan. Malah rata-rata mengakui ia wajar dijadikan contoh.

– “Benteng pasir terbukti sangat praktikal. Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan risiko kawasan tenggelam atau melambatkan proses pengaliran air banjir. Good job, ssemoga dipermudahkan urusan kalian semua yang terlibat dengan bencana.”

– “Mudah dan praktikal.”

– “Pasir sungai lawannya air sungai. Terbaik.”

– “Tuan tanah cakna dengan ilmu, selain itu berkemampuan mentafsir sejauh mana kenaikan air yang dapat dibendung menggunakan teknik tersebut.”

Iklan

– “Kalau setiap kali monsun, pulau akan tutup. Bos saya sebelum tutup musim, akan minta tolong staf ambil pasir dan buat tambak seperti ini.”

– “Ilmu bertahan hidup juga penting.”

Semoga mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu terus tabah menghadapi dugaan ini. Sama-samalah kita mendoakan situasi di sana pulih segera.

Baca juga: Banjir, air deras jangan sesekali redah, 10 perkara ini penting elak kereta hanyut dibawa arus

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: TikTok @Ise1199, Facebook Mat Geo, Bernama