Menarik! Video TikTok kini berdurasi sehingga 10 minit

Iklan
TikTok

APLIKASI TikTok kini dilihat kian popular dalam kalangan masyarakat sekarang.

TikTok menjadi antara pilihan ramai kerana pengguna mudah untuk menghasilkan video kreatif yang menarik untuk dikongsikan kepada umum.

Iklan
Iklan

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Iklan

Pelbagai manfaat lain yang boleh didapati melalui aplikasi tersebut dari segi pendidikan, bisnes, travel, tip kehidupan, nasihat kewangan dan banyak lagi.

Malah ada juga yang menggunakan aplikasi tersebut untuk hiburan dan mendapatkan tip terkini.

Iklan

Berita baik buat penggemar aplikasi moden itu, kini TikTok akan membenarkan penggunanya menyiarkan video berdurasi sehingga 10 minit.

Bersedialah korang dengan video-video TikTok yang akan menjadi lebih panjang. Mungkin tak perlu lagi kandungan yang bersambung sebahagian demi sebahagian. Okey juga kan!

Baca juga Seram! Gadis cerita pengalaman ‘makhluk’ menyerupai ibu, ‘ending’ buat ramai meremang

Ujar seorang jurucakap aplikasi itu, platform tersebut sentiasa memikirkan cara baharu untuk membawa nilai kepada komuniti dan memperkayakan pengalaman mereka menggunakan TikTok.

Ujarnya video 10 minit adalah percubaan terbarunya untuk memperbaiki aplikasinya.

Pengenalan ciri ini sekali gus buatkan TikTok akan bersaing dengan YouTube dari segi masa tontonan video selepas ini.

Baca juga [VIDEO]Lelaki tunjuk puluhan pacat dalam kasut ketika hiking, lain pula buat ramai meremang

Sementara TikTok mahu menawarkan sokongan video yang lebih panjang, pihak YouTube pula dilihat sedang menfokuskan ciri video pendek yang dikenali sebagai YouTube Shorts dan Instagram yang juga hadir dengan Reels.

Malah pada tahun lalu sahaja, TikTok berjaya mengatasi Facebook sebagai aplikasi yang paling banyak dimuat turun oleh pengguna.

Justeru, manfaatkanlah sebaiknya kemudahan yang diberikan TikTok untuk membuat kandungan video yang berfaedah.

Sumber: NBCNews