PASTI ramai di antara kita pernah berhadapan gangguan makhluk halus di mana sahaja termasuk di rumah.

Ada yang ‘mengusik’ dengan hanya membuat bunyi-bunyian dan kemunculan insiden aneh yang tidak masuk akal.

Namun yang paling mengerikan ialah apabila ia mula menyerupai ahli keluarga atau orang yang kita kenali.

Seperti yang diceritakan oleh seorang pengguna TikTok @tiyakamal2 yang mana makhluk halus menyerupai ibunya.

Pengalaman menyeramkan yang dilalui gadis itu meraih lebih 1.8 juta tontonan di laman sosial berkenaan.

kisah seram

Baca juga: [VIDEO] Meremang, rakaman kelibat entiti rambut panjang, berbaju putih di lebuh raya tular

Menurut Tiya kejadian itu berlaku beberapa tahun lalu ketika dia masih bersekolah. Ketika bekerja pada syif petang, ibunya membeli lauk siap masak dan akan menelefon Tiya untuk memasak nasi di rumah.

Namun belum sempat melaksanakan arahan ibunya, Tiya tertidur. Namun selepas bangun dari tidur, dia mendapati entiti seperti ibunya berada di ruang tamu.

“Saya lihat emak duduk di ruang tamu memakai kaftan. Saya rasa ‘lain macam’ tetapi tegur emak bila dia sampai,” kata Tiya.

Bagaimanapun si ‘emak’ itu tidak menjawab pertanyaan. Beranggapan ibunya marah kerana nasi belum ditanak, dia terus ke dapur untuk mencuci beras.

“ ‘Emak’ saya berdiri sebelah ketika di dapur. Semasa mencuci beras dan letakkan periuk ke dalam rice cooker.

“Tapi ‘emak’ pandang saya begini (dengan renungan tajam) seolah-olah saya tidak pandai memasak nasi. Dia hanya pandang saya tetapi  diam,” katanya.

Selepas babak di dapur, Tiya turut bercerita bagaimana dia boleh berkomunikasi dengan entiti berkenaan.

“Emak beli lauk apa, nak panaskan tak? Tapi ‘dia’ asyik kata tak mengapa,” cerita Tiya.

Tidak lama selepas itu, gadis itu menerima panggilan telefon. Rentetan seterusnya membuatkan segalanya terbongkar.

“Emak saya (yang sebenar) telefon minta saya turun ke tingkat bawah untuk membantu mengangkat barang.

“Saya tiba-tiba terfikir sesuatu dan lihat ke arah ruang tamu. Entiti itu sedang berdiri mengadap ke arah tingkap,” ceritanya.

telefonBaca juga: [VIDEO] Pocong goyang badan, geleng kepala, ganggu abang polis di SJR

Tiya dalam keadaan menggeletar ketakutan terus bertindak keluar dari rumahnya

Bagaimanapun ketika membuka pintu, ‘makhluk’ itu sempat bertanya dia hendak ke mana. Gadis itu terpaksa berbohong bahawa dia ingin ke kedai.

Tiya mengambil keputusan berada di luar rumah sehingga emaknya pulang. Namun dalam masa sama, dia tetap menghendap ruang tamu rumah melalui tingkap.

Ketika itu dia dapat melihat susuk makhluk itu sedang berdiri kaku.

Iklan

“Selepas lima minit, makhluk itu menoleh ke arah saya di luar tingkap dan berkata ‘Dah tahu ke?”

Susulan dari itu, Tiya tidak dapat mengawal perasaan terus menangis ketakutan.

Setiba ibunya di rumah, Tiya mengadu perihal yang berlaku.

“Apabila kami memasuki ke dalam rumah, baunya lain macam, kami tercium bau wangi seperti bunga,” katanya.

Justeru, kata Tiya pengalaman seram makhluk halus menyerupai orang yang dikenali adalah yang ‘big no’ bagi dirinya.

@tiyakamal2 Menyerupai is a big no for me #foryoupage #fyp #tiktok ♬ original sound – LuckyBoy

Warganet rata-rata mengakui meremang mengikuti pengalaman gadis itu. Ada juga yang berkongsi pengalamnan menghadapi kejadian yang serupa.

MEREMANG

pengalaman kisah seram 1

Iklan

BERDERAU DENGAR DIALOG TERAKHIR

pengalaman kisah seram 2

PENGALAMAN SEAKAN SERUPA

pengalaman kisah seram 3

Menurut Pejabat Mufti Wilayah, dalam hal melindungi diri dan rumah daripada gangguan makhluk halus, Nabi Muhammad SAW telah mengajar kita beberapa panduan yang boleh diamalkan.

Antaranya adalah dengan membacakan surah al-Baqarah dan ayat al-Kursi.

Selain itu, ibadah-ibadah seperti solat sunat juga perlu dilakukan juga di rumah selain daripada di masjid. Semoga dengan ikhtiar memagar rumah, gangguan dapat dielakkan.

Baca juga: [VIDEO]Lelaki tunjuk puluhan pacat dalam kasut ketika hiking, lain pula buat ramai meremang

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: TikTok @tiyakamal2, Pejabat Mufti Wilayah (Al-Afkar #71: Amalan Perlindungan Dan Memagar Rumah)