PUTRAJAYA sememangnya tidak asing lagi bagi rakyat tempatan kerana diketahui sebagai sebuah pusat pentadbiran kerajaan persekutuan Malaysia.
Ia juga terkenal dengan taman-tamannya yang indah dan luas sekali gus menjadi tempat rekreasi pilihan ramai.
Sebelum ini, Putrajaya mempunyai satu pantai buatan di Presint 5, berdekatan Hotel Doubletree by Putrajaya Lakeside, Kompleks Sukan Air Putrajaya dan Marina Putrajaya.
Ia dikenali sebagai Pantai Floria disebabkan lokasinya yang terletak di Tapak Floria di Presint 4, Putrajaya.
Projek pantai buatan ini sebenarnya adalah sebahagian daripada usaha pihak Perbadanan Putrajaya (PPj) yang membaik pulih kawasan Floria.
Tarikan baharu ini merupakan usaha PPj meningkatkan lagi jumlah pengunjung di pusat pentadbiran kerajaan tersebut yang selalunya lengang terutama pada hujung minggu dan cuti umum.
Ini info ringkas berkaitan Pantai Floria;
1. Lokasi Pantai Floria di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Presint 4, 62000 Putrajaya.
2. Pantai berpasir mempunyai keistimewaan tersendiri kerana ia menggunakan air tasik semula jadi.
Baca juga Kuantan 188, menara kedua tertinggi di Malaysia daya tarikan Pahang
3. Kaki mancing boleh juga ke sini untuk memancing di kawasan Rekreasi Siaran Floria berdekatan dengan pantai ini.
4. Pantai berpasir berkeluasan 600 meter persegi dan 100 meter panjang itu merupakan pantai buatan yang diyakini mampu mendapat sambutan ramai sekali gus menjana ekonomi penduduk setempat.
Ini foto pemandangan indah Pantai Floria;
Jadi, korang bolehlah berkelah seisi keluarga di tepi Pantai Floria pada hujung minggu.
Sumber: jelajahmaya, surgaroute