BELUM pun reda banjir di Pantai Timur, kini Lembah Klang juga dilanda ribut petir.
Menerusi foto dan video yang tular di laman sosial, banyak kemusnahan yang berlaku sehingga menerbangkan bumbung rumah penduduk dan premis kedai di kawasan sekitar.
Selain itu, hujan yang lebat menjadikan air naik mendadak sekali gus terjadi banjir kilat di beberapa tempat.
Berikut foto situasi kejadian semalam.
Baca juga Idea ‘genius’ penghadang banjir tular, tuan rumah dipercayai guna beg pasir elak air masuk
Justeru, penduduk di kawasan Puchong diharap lebih waspada. Korang semua jangan abaikan langkah keselamatan ketika ribut petir melanda.
Cari tempat berlindung sama ada di dalam kedai, rumah atau bangunan. Seeloknya berlindung di bangunan yang tertutup.
Sumber foto: FB WARGA PUCHONG