Sudah terima permohonan maaf Kak Long, wakil 7-Eleven ‘buka mulut’ kongsi kisah sebenar

Iklan
7-eleven (1)

TULAR di laman sosial video yang membabitkan seorang ibu mempertahankan anaknya didakwa mencuri di kedai serbaneka.

Insiden viral berpunca daripada seorang wanita dikenali sebagai Kak Long  yang 'mengamuk' meluahkan rasa tidak puas hati susulan anaknya dituduh sedemikian.

Iklan
Iklan

Baca juga: Tular Video Mengamuk Anak Dituduh Pekerja Kedai, Wanita Tampil Mohon Maaf

Bagaimanapun semalam, Kak Long difahamkan sudah tampil membuat permohonan maaf berhubung kekecohan itu.

Iklan

Menurutnya, insiden bermula apabila kanak-kanak terbabit iaitu anak kepada Kak Long datang ke kedai bersama rakan.

Iklan

Salah seorang daripadanya memberitahu sesuatu kanak-kanak itu mencuri.

"Adik itu datang ke kedai bersama tiga orang rakannya. Rakannya telah memaklumkan kepada pekerja saya bahawa kanak-kanak itu telah mencuri,” katanya.

Susulan daripada dakwaan rakan kanak-kanak terbabit, pekerja berkenaan bertanya bagi mengesahkan adakah benar dia telah mencuri.

Bagaimanapun kanak-kanak itu tidak memberikan jawapan sebaliknya mendapatkan ibu.

"Jadi kanak-kanak itu telah berasa takut dan menangis. Dia kemudian berlari keluar untuk mendapatkan ibunya.

"Dalam masa yang sama kami juga telah membuat semakan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati dia tidak mencuri dan tiada barang yang hilang,” katanya.

"Jadi di sini telah berlaku salah faham. Bagaimanapun ibu kepada kanak-kanak itu telah bertemu dengan kami. Saling bermaaf-maafan, mengakui kesilapan dan kekeliruan, salah faham ini.

"Di sini saya merayu agar tidak mengecam ibu berkenaan,” katanya.

Warganet memberikan pelbagai reaksi susulan respons daripada 7-Eleven dan memuji profesionalisme ditunjukkan dalam mengendalikan isu berkenaan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!