BARU-baru ini viral di laman sosial video yang memaparkan seorang wanita ‘mengamuk’ mempertahankan anaknya didakwa mencuri di sebuah kedai serbaneka.

Menerusi perkongsian rakaman video penstriman secara langsung Facebook, wanita yang dikenali sebagai Kak Long meluahkan perasaan dan tidak berpuas hati dengan dakwaan tersebut serta meminta penjelasan daripada staf premis berkenaan.

Pada waktu yang sama, dia menuturkan rasa kesal atas dakwaan yang ditujukan sehingga anak lelakinya itu berjauh hati.

Malah dia turut meminta pekerja kedai membuat laporan polis dan menjadikan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebagai bukti.

Susulan perkongsian, video berdurasi lima minit itu menjadi tular dipelbagai platform media sosial. Wanita terbabit difahamkan berhadapan pelbagai kecaman daripada warga maya.

Walaupun terpaksa menerima pelbagai reaksi negatif, dia reda dengan apa yang terjadi.

“Saya betul atau salah, anak saya betul atau salah, saya reda dan terima apa yang terjadi sepenuhnya.

“Yang kecam saya, kecamlah. Apa pun yang terjadi saya akan meminta maaf. Ini adalah pengajaran buat diri saya,” katanya mengakui kesilapan diri.

Baca juga: Sudah Terima Permohonan Maaf Kak Long, Wakil 7-Eleven ‘Buka Mulut’ Kongsi Kisah Sebenar

Baca juga: Kanak-kanak disangka lemas rupa-rupanya dibunuh kejam keluarga sendiri. Ini kronologi kes Logan Mwangi

Biarpun tidak mengetahui kebenaran dakwaan itu, dia mengambil langkah meminta maaf demi keluarganya. Dalam pada itu, Kak Long menolak melakukan perkongsian itu demi mengejar ‘view’ atau tontonan.

Menerusi kemaskini terkini laman sosial, dia memaklumkan tiada barang yang hilang di kedai serbaneka terbabit.

Enggan memanjangkan cerita, wanita berkenaan difahamkan telah tampil bersemuka dengan pekerja terbabit dan meminta maaf.

“Saya pun tak mahu perkara ini dipanjangkan, dan rakaman CCTV yang dihantar kepada pihak polis.

Iklan

“Saya jadikan perkara ini sebagai pengajaran untuk saya akan datang,” katanya menerusi rakaman siaran langsung di Facebooknya.

Difahamkan pemilik kedai ingin membuat laporan polis, tetapi pekerja terbabit tidak mahu perbalahan berpanjangan.

Dalam pada itu, wanita terbabit meminta video rakaman yang memaparkan dirinya bersama anak yang tular dipadamkan.

Tindakannya meminta maaf menarik perhatian ramai. Warga maya rata-rata memuji penyelesaian yang diambil wanita itu.

Iklan

Setiap manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan. Sesungguhnya hanya ALLAH yang memiliki kesempurnaan.

Semoga kisah ini menjadi iktibar dan pengajaran buat kita semua.

Baca juga: Ibu terkejut, anak 2 tahun ditinggal sendirian dalam taska berkunci dan gelap

Jangan lupa follow kami di Instagram!