Ibu hamil boleh berpuasa? Doktor ini kongsi tip, golongan tak digalakkan

Iklan
hamil

KURANG sebulan lagi, bulan Ramadan akan tiba. Bulan diwajibkan umat Islam menjalani ibadah puasa sebelum menyambut ketibaan Aidilfitri.

Iklan
Iklan

Justeru, seorang doktor perubatan, Dr Muhammad Izzat tampil menjelaskan, ibu hamil yang bagaimana tidak digalakkan berpuasa.

Menurutnya, secara amnya, ibu mengandung yang tak digalakkan untuk berpuasa adalah seperti berikut;

Iklan

1) Ibu yang ada Gestational Diabetes Mellitus atau Diabetes Gestasi (GDM) dengan kawalan insulin.

2) Ibu yang berisiko tinggi untuk dapat darah beku (Venous thromboembolism), atau pernah kena VTE dan sedang diberikan ubat cucuk cairkan darah Clexane.

Iklan

3) Ibu yang ada Ovarian Hyperstimulation Syndrome (OHSS) - ini untuk ibu yang mengandung dengan ubat kesuburan.

Menerusi perkongsian di Twitter miliknya, Dr Muhammad Izzat juga memberikan beberapa tip kepada ibu hamil yang ingin berpuasa.

Katanya, untuk ibu mengandung yang boleh berpuasa setelah dinilai oleh doktor, boleh ikut beberapa tip ini;

1) Makan lebih dari dua kali antara masa berbuka dan sahur. Pilih makanan seimbang dan berkhasiat untuk elak sembelit, masalah penghadaman dan pedih hulu hati.

2) Untuk berbuka puasa juga boleh cuba amalkan ini.

  • Tiga biji tamar dan jus buah (boleh ganti dengan sup atau yogurt rendah lemak).
  • Boleh sambung dengan makanan seimbang mengandungi salad, ulam-ulaman, protein dan karbohidrat kompleks. Makanan tinggi lemak sila elakkan.

3) Jangan tinggal sahur.

4) Elak minum teh atau kopi ketika sahur. Kafien menyebabkan ibu terkencing banyak dan sekali gus senang kena dehidrasi. Nak puasa tak boleh minum air dah kan?

5) Pastikan minum air masak yang mencukupi sepanjang tempoh berbuka dan sahur.

Baca juga Setiap warna ada maksud, ini yang ibu mengandung kena faham stiker pada buku pink

Pesan Dr Muhammad Izzat, ibu-ibu boleh dapatkan nasihat daripada doktor masing-masing.

Semoga bermanfaat!