Setiap warna ada maksud, ini yang ibu mengandung kena faham stiker pada buku pink

A
A
A

SETIAP wanita yang hamil diwajibkan untuk membuat buku pink.

Buku pink tersebut sangat penting, ia menjadi rujukan doktor atau jururawat untuk memantau kesihatan ibu dan bayi.

Jika diperhatikan pada muka hadapan buku pink itu, ada ditampal stiker pelbagai warna.

Namun ibu-ibu perasan tak stiker tersebut berbeza mengikut ketegori kesihatan masing-masing dan setiap warna stiker itu mempunyai maksud tersendiri.

1. Merah

Berisiko tingi.

Rujukan segera ke hospital selanjutnya.

Follow up: Pakar Obstetrik & Ginekologi (O&G) dan Pakar Perubatan Keluarga.

Contoh: Sakit jantung, kontraksi pramatang.

2. Kuning

Berisiko.

Boleh bersalin di mana-mana hospital termasuk hospital daerah.

Follow up: Memerlukan pemantauan Doktor Pakar FMS/O&G

Contoh: Diabetes dengan insulin, darah tinggi remaja, ibu tanpa nikah dan lain-lain.

 

3. Hijau

Berisiko.

Boleh bersalin di mana-mana hospital termasuk hospital daerah.

Follow up: Jururawat di bawah pengawasan doktor.

Contoh: Primid, berat 80kg, vacuum, 3rd degree tear, LSCS, astma dan lain-lain.

Baca juga Covid-19 mampu jadi penyebab masalah mandul lelaki – kajian

Setiap warna ada maksud, ini yang ibu mengandung kena faham stiker pada buku pink4. Putih

Tiada risiko.

Boleh bersalin di mana-mana hospital termasuk hospital daerah.

Follow up: Jururawat.

Jadi sekarang ibu-ibu yang sedang mengandung boleh check buku pink korang ada stiker warna yang mana.

Nanti ketika check up bolehlah bertanya kepada doktor kenapa korang diberi stiker sedemikian.

Kena ambil tahu tentang stiker berkenaan dan jangan segan silu untuk selalu bertanya tentang kesihatan korang dan bayi semasa temu janji bersama jururawat atau doktor ya!

Semoga bermanfaat!

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca