Ulang tayang 'The Batman' bukan kerana VIP lewat, tapi isu teknikal

Iklan
TGV Cinema patuhi garis panduan ‘musim’ Covid-19

BARU-BARU ini tular di media sosial seorang pengguna Facebook mendakwa tayangan filem 'The Batman' diulang semula setelah 45 minit ditonton.

Katanya, filem itu bermula pada jam 7.15 malam dan ditayangkan selama 45 minit sebelum dihentikan seketika.

Iklan
Iklan

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Dakwanya, seorang kakitangan kemudian masuk dan membuat pengumuman,"kami akan memulakan semula filem itu dari awal. Maaf atas kesulitan yang timbul".

Iklan

Ujarnya lagi, ketika ditanya, kakitangan itu kononnya berkata ia disebabkan oleh beberapa pelanggan yang baru tiba.

Iklan

Justeru, pengendali rangkaian pawagam Tanjung Golden Village Cinemas (TGV) tampil menjelaskan keadaan sebenarnya.

Dalam satu kenyataan, TGV berkata tayangan filem 'The Batman' di TGV Vivacity Kuching, Sarawak (05/03/2022, 7.15 PM) yang diulang semula berlaku disebabkan isu teknikal, bukan kerana kelewatan beberapa VIP.

Baca juga #SiBibirMerah Kematian Tangmo Nida disahkan kemalangan, timbul spekulasi dipaksa lakukan hubungan intim

Ujarnya, pihaknya telah menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian tersebut dan mendapati isu teknikal di dewan IMAX itu membuatkan ia perlu diulang semula tayangannya.

"Di TGV, kami menghormati dan melayan semua tetamu kami secara sama rata dengan keutamaan," katanya.

Menurut kenyataan tersebut, pihaknya faham insiden itu telah menyebabkan kekecewaan bagi tetamu yang terjejas dan dalam semangat ketelusan, TGV ingin memberikan penjelasan terperinci untuk kejadian itu.

Ujarnya lanjut, pihaknya akui keputusan untuk menghentikan dan memulakan semula filem itu telah menyusahkan pelanggan dan itu bukan dasar penyaringan TGV.